iklan penaja

30 June 2011

Kotak Hitam (bukan kuning)



"Warna kuning pada jalur gemilang melambangkan kesetian rakyat pada negara."


gambar dicopy-paste dari Berita Harian Online

Pada 9hb Julai 2011, Bersih 2.0 menganjurkan satu perhimpunan aman (seperti didakwa penganjur) dengan misi menuntut Pilihanraya yang lebih tulus, jujur dan 'bersih'. Malangnya niat murni penganjur telah disalahertikan dan difatwa kan sebagai perhimpunan haram oleh kerajaan. Kerajaan mendakwa perhimpunan ini boleh mengakibatkan kekecohan dan mengancam keselamatan negara. Namun, pihak penganjur tetap berkeras dan berjuang serta mengajak semua orang untuk turut serta dalam perhimpunan tersebut dengan hujah Bersih2.0 merupakan satu gerakan rakyat untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.


Ok stop. Mual.




Pada 8, 9, dan 10 Julai, Purple Talent Studio dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka ada menganjurkan pementasan teater bertajuk 'Kotak Hitam'. Teater berdurasi sejam arahan Fasyali Fadzly Vitamin dan dilakonkan oleh Aloy Paradoks. Teater ini juga merupakan satu gerakan rakyat untuk rakyat walaupun kecil tapi sumbangannya terhadap masyarakat tetap ada. Jadi bagi rakyat-rakyat yang selesai bergerak untuk negara pada 9 Julai nanti, boleh la terus bergerak ke Stor Teater DBP dan menonton teater Kotak Hitam. Semua boleh masuk dengan sumbangan RM15 (kalau stor tak penuh la).

Meh tengok video promo dia meh!






p/s: sebagai orang muda gua rasa macam kool jugak kalau gi Bersih 2.0 ni, barulah true rebel!yeah!hikhikhik


28 June 2011

Berita gembira untuk lelaki!


Oh lupa, bagi perempuan ini juga berita gembira!


Ya! berita gembira buat anda yang ingin mengubah hidup anda, buat anda yang mempunyai garis hidup yang lurus dan membosankan lantas mahu menggubah garis hidup itu menjadi lebih berselok belok dan lebih bermakna! Mari lihat poster dibawah untuk keterangan selebihnya



Jadi nak tunggu apa lagi?peluang baguih duk ada tu. Daripada lu orang join MLM baik lu tulis novel, takdeklah menyusahkan orang sangat.


Ingat! Tuhan hanya menolong orang yang tolong diri sendiri, jadi cepat pergi buat novel!



p/s: karya yang dihantar akan ditapis dulu, kalau lulus tapisan maka barulah novel anda layak untuk diterbitkan. Kalau jual novel tak laku buat apa?


27 June 2011

Air kegemaran Charlie

Charlie berlari anak. Di mulut ada sebotol air mineral. Spritzer. Air kegemaran Charlie.

Bagi Charlie air mineral Spritzer merupakan air paling sedap buat dia dan setiap kali dia dapat air itu, pasti akan dihargai setinggi-tingginya. Bukan dia tak sukakan air lain, air sirap, air minuman osmosis berbalik, air minuman H20, air mineral tesco, Evian, Perrier, Soda, Tiger, cendol, coke, sarsaparila, longkang, lopak, air hujan semuanya pernah dia minum, tapi Mineral Spritzer ini, seperti ada kelainan, Charlie suka sangat.

Charlie berlari anak. Di mulut ada sebotol air mineral. Spritzer. Air kegemaran Charlie.

Tiba-tiba Charlie teringatkan si Dolores. Betina kegemaran dia. Terdetik juga di hati Charlie ingin berkongsi minuman kegemaran dia bersama Dolores. Tersipu-sipu Charlie apabila memikirkanya. Berdua-dua an di belukar kegemaran, bersama betina kegemaran menikmati minuman kegemaran, ahhh cukup romantis. Tapi bila difikirkan balik, Charlie tak ingin berkongsi. Biarlah kali ini dia sahaja yang menikmati air kegemaranya. Dah lama dia tak menikmati air kegemaranya. Ah, Dolores tu bukan selalu sangat pun berkongsi dengan Charlie. Sial.

Charlie berlari anak. Di mulut ada sebotol air mineral. Spritzer. Air kegemaran Charlie.

Mujurlah Jason, Lucky dan Snippet menolak ajakan Charlie untuk bersiar-siar tadi. Puas Charlie memujuk tapi semuanya malas. Hendak tidur petang, semalam banyak bermain sampai lewat pagi. Penat kata mereka. Charlie pula jenis yang tak boleh duduk diam, mesti keluar bersiar-siar ambil angin, kalau tak dia akan sakit kepala ya amat. Kalau Jason, Lucky dan Snippet ikut serta, pasti rugi buat Charlie, air kegemaran terpaksa dikongsi bersama.

Charlie berlari anak. Di mulut ada sebotol air mineral. Spritzer. Air kegemaran Charlie.

Setelah mendapat air kegemaran, pasti mahu dinikmati di satu tempat rahsia kegemaran, tempat dimana tiada sesiapa yang akan mengganggu. Charlie tak mahu gopoh, dia percaya sesuatu yang sedap haruslah dinikmati secara perlahan-lahan untuk mencapai kepuasan tahap maksima. Entah mengapa, secara mengejut Charlie berhenti. Deriannya yang sensitif merasakan bahaya yang akan datang. 5 langkah di hadapan kelihatan seorang anak kecil berlari mengejar bola. 10 langkah di hadapan kelihatan sebuah van meluncur laju ke arah anak kecil itu. Pemandunya kelihatan sedang membelek-belek peta. Baru datang bandar agaknya?



'WOOOFFF!! WOOOOFFFF!!"


Charlie melolong memberi amaran pada si anak kecil. Botol mineral Spritzer yang digonggongnya jatuh bersepah di atas jalan tar. Ah


26 June 2011

Merah, biru, kuning, hijau Malam Buskers



*toleh kanan, toleh kiri* ok gua rasa gua dah selamat

Gua ambil kedudukan di meja hujung McD, pantas membuka laptop.



Hari Jumaat lepas, di Rumah Pena,gua ada pergi satu majlis, Malam Buskers dan Pradengar Single The Society. Gua tahu lu semua pandai, berdasarkan nama event tu lu sendiri dah boleh tahu event apa kan? Tak perlu diterangkan lagi, gua nak tayang gambar je. Silakan


Ini Azmyl Yunor



The Society kumpulan baru terdiri daripada otai busker Meor dan rakan-rakan

Ini Meor

Ini Amin Iskandar

Cek mek molek ini Daiyan Trisha

Ini Syed Amran

Nan Blues dari Lipis


Malam warna warni buskers ditamatkan dengan jamming buskers oleh tiga buskers hebat tahahair. Majulah buskers untuk negara!




"oiiiii!!!!"Laung manager gemok McD

Ok. Gua si pencuri WiFI sudah terkantoi, ini sajalah penerangan gua kali ini, semoga jumpa lagi!






hikhikhik