iklan penaja

28 July 2011

Amanat

Gua telah diberi amanat oleh Aloy Paradoks untuk memegang tanggungjawab sebagai seorang pelakon yang akan dipergunakan oleh beliau bagi menterjemah teks beliau terbaru yang berjudul QARIN. Ini teater pendek 10 minit dan pelakonnya hanya gua seorang. Ya!segala beban sekarang di atas bahu gua! Aloy Paradoks lu jangan risau, beban itu akan ku galas dengan penuh tanggungjawab kerna gua ikhlas dalam berkarya.

Teater ini akan dipersembahkan sabtu ini di Putrajaya bersempena dengan Promosi Pertandingan Teater 10 Minit Putrajaya. Juga terdapat karya-karya lain yang akan dipentaskan daripada Fasyali Fadeli dan Pajelina Hisyamudin.




"Adam jap, skrip aku kena alter sikit lagi, Malam nanti kita training!"

Balas Aloy secara keras apabila aku telah berulang kali bertanyakan khabar skrip Qarin pada dia, arini Khamis dah woi.

Perangai Teghok

Apa teghok sangat perangai gua sekarang nih, nak update blog pun malas. Ini lah berkiblatkan setan, pemalas!



20 July 2011

Apa Jadahnya MIMPILem nih?


Apa Kejadahnya Mimpilem ni?

Mimpilem ini merupakan sejenis majlis tayangan filem pendek dan akustik yang dianjurkan oleh sekumpulan pakatan geng-geng tak senonoh yang poyo menggelarkan diri mereka sebagai Paradoks yang dikepalai oleh kepala pengat bernama Aloy Paradoks. Majlis ini juga mendapat kerjasama Frinjan dan Map KL.

Apa relevannya Mimpilem ini Kepada anda?

Relevannya, kalau lu jenis takde duit nak tengok wayang, lu datang majlis ini ada lebih kurang sebanyak 6 filem pendek yang akan ditayangkan. Lu boleh jimat duit dengan ajak awek lu yang tak berapa hot tu datang ngedate kat majlis tak senonoh nih, tak payah bazir duit bayar tiket wayang. Selain itu, mereka juga menjanjikan persembahan akustik yang diselang seli kan dengan tontotan filem pendek. Power kan? Selain itu, filem-filem pendek yang bakal ditayangkan juga merupakan filem-filem rare yang konpem Media Prima tak pernah (tak akan) tayang. Jadi kalau lu rasa lu ni sejenis art, baik lu datang majlis ni, boleh tengok film pendek tempatan yang rare. hikhikhik.

Info lanjut

Lu tengok poster kat atas tu, lu baca sendiri, kalau lu tanya jugak gua timbok lu kang.



p/s: Epal Hijau Di Luar Pagar tu gua dengar cerita power tuh.

09 July 2011

"Teater paling power tahun ni".Kata Pelakonnya : Kotak Hitam


Hai Kawan-Kawan

Tadi malam, entah macammana tiba-tiba dapat pula gua menyelinap masuk ke satu persembahan teater ni. KOTAK HITAM. Satu pementasan teater lakonan Aloy Paradoks dan diarahkan oleh Fasyali Fadzly. Gila!Pelakon sorang je satu jam!memang power!

Teater anjuran Purple Talent studio dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka ini akan dipentas kan pada 8, 9, 10 dan 11 Julai 2011. Jangan risau buat lu orang yang ingin datang 9 Haribulan sebab teater ni dah mendapat permit dari PDRM. Asalkan lu tak datang berpakaian kuning gua kira lu selamat kot. hikhik.

Gila apa pukul 4 pagi gua nak tulis review, gua kasi up gambar jelah, bagi lu tengok.










sekian!

p/s: shit!gua boleh tak perasan hari ini gua terpakai baju kaler kuning! hikhikhik