iklan penaja

08 November 2012

KOTAK HITAM kembali lagi!



Apabenda Kotak Hitam ni? Kotak Hitam merupakan satu kotak yang berwarna hitam dimana kita boleh gunakan untuk memerangkap burung wak-wak untuk digoreng sebagai hidangan makan malam....
Bukan!

Kotak Hitam ni adalah nama sebuah teater lucah yang akan dipentaskan oleh geng-geng porno Paradoks Production. Teater ini merupakan karya tak senonoh Fasyali Fadzly, seorang belia yang kurus dan memang tak akan gemuk sampai bila bila. Penerbit eksekutif merupakan seorang awek yang berhati angkasa Fazleena Hishamuddin. Dan pelakon nya, dan pelakonnya......dan pelakonnya......adalah Aloy Paradoks! Aloy Paradoks merupakan seorang penggiat seni masakini yang namanya kian meningkat. Kalau lu orang perasan, semenjak dua menjak ni, muka beliau sering kali keluar masuk keluar masuk surat khabar, dan baru -baru ini dunia seni alternatif dikejutkan dengan kemunculan beliau dalam salah satu segmen rancangan NONA di TV3!

Untuk teater Kotak Hitam ni, Aloy Paradoks berlakon sorang-sorang, jadi ia memang merupakan satu naskah yang amat mencabar buat dia dan amat menarik untuk kita semua tonton. Buat yang tak biasa menonton teater, ini lah peluang anda untuk menonton teater yang betul-betul lain dari yang lain dan power!

Sekarang mari kita saksikan rakaman video interview Aloy Paradoks oleh DBP yang baru dijumpai oleh seorang paparazi dunia seni Alternatif, Encik Bias.


Hikhikhik

Ok, berbalik pada teater Kotak Hitam tadi. Tahun lepas pun teater ini telah dipentaskan, tapi oleh kumpulan lain. Kalau tak silap tahun lepas dipentaskan oleh Purple Talent Studio, namun disebabkan kurang mendapat sambutan dan atas dasar ketidakpuashatian pelakon dan pengarah, Paradoks Production mengambil keputusan untuk mementaskan sekali lagi teater ini pada tahun ini dengan promosi yang lebih besar.

Tahun lepas gua pun ada menonton teater ini dan gua berani kata, lebih baik lu bayar RM25 untuk tengok teater ni daripada lu pergi urut kaki. Sebagai penutup kat bawah ni gua hidangkan gambar-gambar dari pementasan Kotak Hitam tahun lepas.









p/s: untuk info lanjut dan tempahan tiket, sila rujuk poster di atas jangan tanya gua macam-macam, dol.

No comments:

Post a Comment