iklan penaja

26 May 2011

Natalie Portman Badass Bitch!


Gua tau video ni dah lama,tapi Natalie Portman memang tak senonoh!Gua nak post jugak.hikhik



Badass girl, come to me babeh!

25 May 2011

Buku Tak Senonoh Mohd Jayzuan!


Ini Mohd Jayzuan


Ini buku dia yang tak senonoh tu.
Anarki Di Kuala Lumpur

Hello kawan-kawan! Minggu lepas, pada suatu malam gua ada tercuri-curi baca final draft novel terbaru Anarki Di Kuala Lumpur (ADKL) karya Mohd Jayzuan. Kalau lu orang tak kenal sape mamat Jayzuan ni, sila google sendiri ya, gua malas nak bercerita sgt pasal mamat tak senonoh ni.

Bagi gua, sebuah novel itu best bilamana lu baca muka surat pertama, ia membuat lu terdorong untuk selak muka seterusnya, dan seterusnya dan seterusnya dan baca sampai habis. Kalau muka surat pertama dah bosan, memang kantoi la buku itu. Muka surat pertama ADKL yang gua baca buat gua terkedu, apa mamat ni tulis ni!gila tak senonoh!lalu gua belek muka surat seterusnya------>sial!tak senonoh!gila!, lalu gua belek lagi dan lagi dan lagi dan lagi, tanpa gua sedari, gua bingkas bangun dari kusyen empuk tempat gua labuhkan jubo gua tadi, terus ke rak buku gua, tarik keluar buku 28 Hari Jurnal Rock n Roll (buku Jayzuan yang sebelumnya) capai minyak gas di bilik stor, gua tuang minyak gas atas buku lama Jayzuan, nyalakan mancis dan dengan muka penuh ghairah gua bakar buku lama Jayzuan.

Tanpa membuang masa gua sambung balik baca buku Anarki di Kuala Lumpur, semakin lama semakin dalam gua masuk ke dalam cerita tersebut, satu-satu adegan panas yang diceritakan muncul di depan gua, seperti hologram gua dapat merasakan scene yang ditulis sedang berlaku di depan mata gua, kehidupan seorang mamat rock n roll bernama Syd Jamal di dalam novel ini kini sedang dipertontonkan di hadapan gua melalui projektori imaginasi gua. Pehhhh, memang tak senonoh novel ni, buat gua ghairah semacam je.

Hampir separuh gua baca ADKL, gua stop. Fuh, gua dah janji nak date ngan makwe gua malam tu, jadi gua terpaksa stop dan berjanji akan sambung baca bila buku ini dah keluar dan beli dengan cara sah, tidak lagi curi-curi baca, sebab ia berbaloi walaupun tak senonoh.hikhik.

Kalau lu orang rasa lu orang juga tak senonoh seperti gua dan Mohd Jayzuan, boleh lah beli buku tak senonoh ini melalui --->http://mohdjayzuan.blogspot.com/2011/05/cara-membeli-anarki-di-kuala-lumpur.html

Kalau nak buat modal 'happy hour' dalam bilik sorang-sorang pun best jugak buku ni.hikhik
Tapi gua tak macam tu la...gua beli sebab memang gua minat baca buku.Serius!



p/s:http://www.facebook.com/pages/Anarki-di-Kuala-Lumpur/194697350574188 ini FB page tak senonoh Anarki di Kuala Lumpur





24 May 2011

Keseronokan yang terlampau!Bars & Bedroom


Ok sebab gua dah lama tinggal scene blog2 ni, gua rasa teruja dan seronok yang terlampau pulak tulis entri dan mendapat respon menggalakan dari rakan-rakan artis.(artis kepala hotak kau)

Jadi entri seterusnya gua nak hidangkan lu orang dengan gambar2 dari teater Bars & Bedroom yg gua tgk pada Ahad lepas. Cousin gua ada berlakon, so Pak Long belanja tiket free, kalau tak jangan harap gua nak bayar RM25 ringgit kalau takat nak tgk amoi pakai hot pant. Duit minyak motor pun kantoi. Ok ini gambar-gambar untuk korang 'nikmati'.hikhik




Hah!Boleh tahan jugak gambar2 dia ye dak?hikhik. Ok serius sikit! Di dalam Bars & Bedroom ni terdapat 4 cerita pendek yang bertemakan percintaan, keghairahan dan kejadian yang tidak dijangkakan. Keempat-empat cerita ini bermula di sebuah bar jazz diceruk kota, bar dimana mimpi dan impian sering hilang dan dijumpai. Bagi gua, teater ini menghiburkan, namun ia sekadar menghiburkan, ia tidak memberi apa-apa impak kepada gua, gua suka teater yang boleh buat otak gua ligat berfikir dan meninggalkan dewan dengan seribu tanda pertanyaan.
Ok, gua malas nak cakap lebih2, sebab sebenarnya gua sampai setengah jam lewat!hikhik. Gua konfiden je ingat teater ni kat Klpac, yelah biasanya teater English ni biasanya dipentaskan di Klpac, lupa pulak wujudnya Actors Studio dimana turut menempatkan teater English.hehe, jadi sebab tersalah lokasi awalnya, gua sampai setengah jam lewat.

Sekian entri gua yang terlampau.

p/s: ada hati nak review teater orang, tak tinggal kesan lah apa lah, lu dah la datang lewat!sengal

Meatball Ikea takde babi!(no pork!no pork)

Ok ini berita terbaru yang diterima dari http://yanmieonline.com

Beliau sendiri call itu orang Ikea (rajin betoi depa ni) tanya itu meatball halal ke idak? Maka jawablah Ikea dengan senang hati meatball mereka halal dan mendapat sijil pengesahan dari Jakim. Kalau tak percaya sila tgk gambar yang gua copy paste ni.hikhik


ikea status sijil halal

Mengikut perbualan http://yanmieonline.com bersama wakil Ikea, mereka mendapat kan meatball mereka dari syarikat Macfood nih, yang tersenarai dalam senarai halal Jakim. Jadi gua yakin lah meatball tu takde babi, kalau tak memang badan gua dah penuh ngan lemak babi dah.

ikea

Ini notis yang ditampal, bagus jugak mereka ini, terus terang cakap dia samak, so nak was was apa lagi?dah setel samak tu jum kita gi makan meatball ramai-ramai, gua syak pasni mesti dia ada buat promosi meatball.hikhik.

Terima kasih http://yanmieonline.com bagi gambar dan maklumat yang berjaya gua kopipaste,niat nak kongsi je, kalau nak saman, saman itu orang yang buat teknology kopipaste ni .Gua mana ada duit nk bayar saman.


p/s: sebulan dua kang mesti orang dah tak peduli pasal ni, mesti senyap balik. Biasalah ye dak?

Entri Pecah Dara


Seperti biasa, apa-apa yang baru pasti akan dirasmikan dengan ritual 'pecah dara'. Bagi blog gua yang baru ini, gua akan 'pecah kan dara' beliau (perempuan rupanya blog ni) dengan gambar-gambar majlis AKAR VS KUKU BESI (MANIPULASI) yang berlangsung 21 Mei lepas di Galeri Seni Shah Alam. Ini majlis anak-anak frinjan (tersisih) melalak dengan petikan gitar serta lontaran kata. Kalau kat kampung petang2, Mael dan kawan-kawan selalu duk melalak ntah apa apa kat tepi jalan, hah lebih kurang macam ni jugakla majlis tu, cuma versi bandar. hikhik.

Ini antara pemuda-pemuda yang melalut tu:


Mohd Jayzuan. Dengar citer mamat ni nak keluar buku tak senonoh: Anarki di Kuala Lumpur





Loque atau sekarang lebih dikenali sebagai Monoloque. Mamat ni buat show mmg power.



ntah mamat sesat mana ntah


Pesawat bermesra-mesra an bersama peminat.hikhik

Fyn Jamal turut serta mempersembahkan karya beliau

Ini antara penonton yang tidak kurang hensemnya


Terdapat juga gerai yang menjual buku, abang yang jual tu mesra dan tidak lokek dengan senyuman


Budak nakal

Tu jek gambar yang gua nak share, ingat tak penat ke nak upload gambar banyak-banyak?

Dengan gambar budak nakal di atas maka berakhirlah sesi pecah dara blog ini, sesi pecah dara mana boleh lama-lama, sakit.hikhik