iklan penaja

25 May 2011

Buku Tak Senonoh Mohd Jayzuan!


Ini Mohd Jayzuan


Ini buku dia yang tak senonoh tu.
Anarki Di Kuala Lumpur

Hello kawan-kawan! Minggu lepas, pada suatu malam gua ada tercuri-curi baca final draft novel terbaru Anarki Di Kuala Lumpur (ADKL) karya Mohd Jayzuan. Kalau lu orang tak kenal sape mamat Jayzuan ni, sila google sendiri ya, gua malas nak bercerita sgt pasal mamat tak senonoh ni.

Bagi gua, sebuah novel itu best bilamana lu baca muka surat pertama, ia membuat lu terdorong untuk selak muka seterusnya, dan seterusnya dan seterusnya dan baca sampai habis. Kalau muka surat pertama dah bosan, memang kantoi la buku itu. Muka surat pertama ADKL yang gua baca buat gua terkedu, apa mamat ni tulis ni!gila tak senonoh!lalu gua belek muka surat seterusnya------>sial!tak senonoh!gila!, lalu gua belek lagi dan lagi dan lagi dan lagi, tanpa gua sedari, gua bingkas bangun dari kusyen empuk tempat gua labuhkan jubo gua tadi, terus ke rak buku gua, tarik keluar buku 28 Hari Jurnal Rock n Roll (buku Jayzuan yang sebelumnya) capai minyak gas di bilik stor, gua tuang minyak gas atas buku lama Jayzuan, nyalakan mancis dan dengan muka penuh ghairah gua bakar buku lama Jayzuan.

Tanpa membuang masa gua sambung balik baca buku Anarki di Kuala Lumpur, semakin lama semakin dalam gua masuk ke dalam cerita tersebut, satu-satu adegan panas yang diceritakan muncul di depan gua, seperti hologram gua dapat merasakan scene yang ditulis sedang berlaku di depan mata gua, kehidupan seorang mamat rock n roll bernama Syd Jamal di dalam novel ini kini sedang dipertontonkan di hadapan gua melalui projektori imaginasi gua. Pehhhh, memang tak senonoh novel ni, buat gua ghairah semacam je.

Hampir separuh gua baca ADKL, gua stop. Fuh, gua dah janji nak date ngan makwe gua malam tu, jadi gua terpaksa stop dan berjanji akan sambung baca bila buku ini dah keluar dan beli dengan cara sah, tidak lagi curi-curi baca, sebab ia berbaloi walaupun tak senonoh.hikhik.

Kalau lu orang rasa lu orang juga tak senonoh seperti gua dan Mohd Jayzuan, boleh lah beli buku tak senonoh ini melalui --->http://mohdjayzuan.blogspot.com/2011/05/cara-membeli-anarki-di-kuala-lumpur.html

Kalau nak buat modal 'happy hour' dalam bilik sorang-sorang pun best jugak buku ni.hikhik
Tapi gua tak macam tu la...gua beli sebab memang gua minat baca buku.Serius!



p/s:http://www.facebook.com/pages/Anarki-di-Kuala-Lumpur/194697350574188 ini FB page tak senonoh Anarki di Kuala Lumpur





No comments:

Post a Comment