iklan penaja

27 May 2011

Bar kurang senonoh! (Moonshine @ Laundry Bar)


Beer!Beer!Beer! eh silap silap, Rootbeer plis!

Fuh, naseb gua sempat betulkan order gua, kang naya kena samak segala isi perut gua. (telan lumpur kot?)

Hai Kawan-kawan!Semalam gua ada pegi layan gig di Laundry Bar. Di anjurkan oleh Moonshine menampilkan pemuzik-pemuzik yang menghasilkan musik mereka secara homemade atau secara independent . Moonshine ni gua tak payah susah-susah curi masuk macam pelancaran media novel Dendam itu hari sebab dah memang masuk free.hikhik

Meh gua suap lu orang dengan gambar-gambar ni sambil gua explain satu-satu.orait?

Rezza Salleh selaku pengacara dan penganjur.


Para penonton (kebanyakan nya wanita) menjerit-jerit histeria apabila persembahan pertama dimulakan dengan persembahan jejaka bernama Awi Rafael. Bagi gua, persembahan beliau bertenaga dan menghiburkan namun gua kurang suka lagu yang ada percampuran bahasa inggeris dan melayu. Gua juga terhibur dengan gadis-gadis yang sebuk duk bergesel-gesel di sekeliling gua.hikhik




Awi Rafeal juga ditemani oleh rakan-rakan beliau

Tengoklah gayanya, memanglah ramai awek sangkut. Tak senonoh betul.hikhik

Persembahan kemudian diteruskan dengan alunan musik dari Markiza, Hassan Peter & Wong. Ini bukan nama band, tapi nama individu yang bermain untuk set seterusnya.
Ini Markiza, gua tak paham sangat apa yang dia cakap namun gua cukup suka rambut beliau.hikhik.

Ini Hassan Peter, petikan blues dan suara blues beliau amatlah enak sebagai jamuan halwa telinga gua. Dan beliau pakai baju Rock The World zaman Exist main RTW.hikhik


Ini Wong, orangnya kewl je, tapi setiap sentuhan yang beliau berikan pada gitar beliau buat lu rasa nak nangis. Memang power brader!


Dukacita gua maklumkan selepas Awi Rafael perform, gadis-gadis tadi hilang begitu sahaja, sayang, tak dapat gua nak gesel-gesel dah.haih. Memang kebiasaan, crowd kita jenis memilih/nepotism/kroni/groupies yang mana hanya akan duduk dan dengar nyanyian dari performer yang mereka suka sahaja, bila orang lain yang diaorang tak kenal atau tak penah dengar terus blah, bukan nak stay dan menikmati lagu mereka. Where's your manners damn hipster! (tapi gua pun blah jugak kadang-kadang kalau dah bosan sangat.hikhik)


Gua suka ambil gambar minah ni, sebab rambut dia power!hikhik

Seterusnya, perkongsian stage diteruskan dengan perkongsian bersama seorang penyanyi wanita dari New Zealand bernama Hannah Howes. Bak kata Reza Salleh, kebetulan beliau dalam lawatan sambil belajar di Malaysia, jadi beliau dijemput untuk turut serta berkongsi pentas itu malam dan menghiburkan pengunjung bar sekalian (rata-rata dah mabuk).


Walaupun berseorangan malam itu, namun petikan gitar yang beralunan raggae dan blues berjaya menambat jubo gua untuk terus melekat di kerusi bar. Alunan suara jugak agak merdu walaupun gua tak paham sepatah haram apa pun bila dia cakap!

Rambut dia pun boleh tahan power jugak bro.hikhik


Walaupun gitar rosak, beliau terus menghiburkan dengan dendangan suara yang merdu dan ketukan secara spontan pada badan gitar.

Baiklah, selesai sahaja minah ni perform, maka dapatlah sekali lagi kita melihat budaya nepotism atau kronism di kalangan crowd kita. Bila sahaja kumpulan Furniture memunculkan diri di atas pentas maka secara tiba-tiba (sekelip mata je!) bar kembali penuh dengan penonton.hikhik.


Bukan main lagi dia main gitar, ye dak?


Ada ramai lagi band member dia sebenarnya, tapi jubo gua berat semacam je.hikhik

Selesai lagu kedua, gua angkut jubo gua, pastu blah. Kenapa? Maaf, Furniture tidak berjaya menambat gua untuk terus duduk dan terus menghayati persembahan beliau. Arrangement musik mereka malam itu amatlah berserabut dan bingit, gua tak dapat nak hayati satu persatu musik mereka yang jelas hanyalah bunyi ketukan drum dan lead gitar. Mungkin mereka berada di giliran terakhir dan masa untuk set up juga terhad maka kualiti musik nya terus hancur.


p/s: matahari itu panas, malam itu gelap.hikhik


No comments:

Post a Comment