iklan penaja

06 July 2011

Almanak Masakan Bumi Dan Langit: Siput Sedut Penghapus Dewa



Al-kisah ada menceritakan kisah Tok Sukaria daripada Kumpulan Sukaria telah kecundang di tangan Sang Puteri dari Kumpulan Brickfields. Menurut al-kisah lagi, setelah sepurnama bertempur maka akhirnya Tok Sukaria yang dikatakan pahlawan paling kuat dan gagah di saentero dunia telah rebah ke tanah dengan satu jurusan hikmah oleh Sang Puteri, jurusan itu diberi nama jurusan Siput Sedut Penghapus Dewa. Maka dengan tertewasnya Tok Sukaria, semua pahlawan dan pendekar takut yang amat dengan Sang Puteri, tiada siapa pun yang berani berdepan dengan Sang Puteri kalau ada pun yang sanggup, itu menempah maut namanya! Lama-kelamaan dunia kepahlawan semakin terhapus dan pupus begitu sahaja, dunia kini di bawah penguasaan kejam dan durjana Sang Puteri. Namun, manusia, masih lagi mengharap. Mengharapkan seorang pahlawan, pendekar atau adiwira untuk menamatkan zaman kegelapan mereka!

Kisah Tok Sukaria boleh dibaca disini


**************


Atok : Anak muda, sekarang kamu boleh pergi, Atok sudah tiada apa-apa lagi untuk diajar kan pada mu, malah sekarang kekuatan kamu sudah mengjangkaui kekuatan Atok.

Gempur : Tidak Atok! Walau apa pun, Atok tetap pahlawan yang terkuat dan terbilang di mata saya.

Atok : Sudah! Cerita yang lama usah dikenang lagi, aku gagal! Sang Gempur! Kini semuanya terletak di bahu kamu, aku yakin dengan kekuatan dan kebijaksanaan kamu ini, kamu mampu menundukkan Sang Puteri!

Gempur : Baik Atok! Hari ini, saya Sang Gempur, berjanji atas darah keturunan keluarga Gempur dari kumpulan Gagak Tempur akan melepaskan umat manusia dari cengkaman dan kekejaman Sang Puteri!


Sang Gempur membetulkan kekudanya, kemudian lutut nya membengkok sedikit, bersedia untuk berlepas dan terbang menuju ke markas Sang Puteri

Ktokkkk!!

Satu pukulan keras tepat mengena ubun-ubun Sang Gempur.

Atok : Kau ni bongok ke apa?mana ada Atok ajar jurus mengapung di udara, dah pegi jalan!Mengarut punya budak.

Sang Gempur akur, dan melangkah pergi dengan langkah yang longlai bercampur dengan perasaan malu yang ditahan.

****************


Gempur : Oitttt sekalian pengkhianat manusia! Pengikut-pengikut Sang Puteri durjana! Askar-askar hitam sang Puteri baik kamu tunjukkan aku dimanakah gerangangnya ketua kamu yang celaka dan durjana itu atau aku hapuskan kamu semua sekaligus dengan sekali jurus sahaja!

Ketua Askar Hitam : Hey mamak, itu kamu datang sini mau tunjuk samseng kamu ingat kamu itu sapa ha? Meh saya kasi hentam sikit ama ini budak.

Daaaaaasyummmmmmm!

Rebah tersungkur ke tanah ketua askar hitam itu hanya dengan sekali tumbuk saja dari Sang Gempur.

Semua askar-askar hitam mula mempamerkan ketakutan diwajah masing-masing. Ketua mereka mempunyai kekuatan yang berlipat kali ganda lebih dari mereka namun senang saja dikalahkan oleh Sang Gempur, masakan mereka mampu melawan.

Seorang lagi askar hitam berhadapan dengan Sang Gempur. Mahu mencari nahas barangkali.

Askar Hitam : Saya Sivu, penolong ketua divisyen Askar Hitam untuk kawasan Brickfields. Ayuh saya bawa kamu menghadap Sang Puteri, tiada gunanya kami berlawan baik kamu dihapuskan oleh Sang Puteri sahaja.heh

Sang Gempur mengikut langkah Sivu, bersemangat ingin mengalahkan Sang Puteri dengan kekuatan nya yang mengjankaui kekuatan mana-mana manusia di dunia ini. Dia yakin, Sang Puteri pasti tumbang dengan hanya beberapa jurus saja. Pasti dunia ini akan kembali sepertia sediakala. Sang Gempur juga dari awal lagi sudah bersedia untuk menerima jurus siput sedut penghapus dewa oleh Sang Puteri itu.

Ah, terlalu panjang ya amat Al-kisah ini, sang pencerita sudah bosan. Maka dengan ini dipendekkan cerita.


Sang Puteri : Ho! ho! ho! Kamulah manusia bodoh sombong yang hebat digembar gemburkan itu? Si Adiwira gagah perkasa yang kononnya mampu menyambut hikmat jurus terulung beta jurus Siput Sedut Penghapus Dewa lantas mahu menumpaskan beta dan menyelamatkan dunia ini. Ho! ho! ho!

sungguh keji.

Sang Gempur : Aku, Sang Gempur dari keluarga Gempur sebahagian kumpulan Gagak Tempur nekad dan berjanji atas nama kemanusiaan akan menumpaskan kamu wahai si durjana Sang Puteri!

Aku juga mahu membalas dendam ke atas Tok Guru aku, Tok Sukaria dari kumpulan sukaria!

Sang Puteri : Ho! ho! ho! Rupanya ini semua angkara Sukaria yang bodoh tu. Ho! ho! ho!

Sang Gembur : Cis

Sang Puteri : Baiklah manusia, aku suka akan semangat wajamu itu, jadi aku bagi kau satu peluang yang tak mungkin aku akan bagi kepada siapa-siapapun, biasanya manusia yang menentang aku, terus saja dipenggal tanpa banyak soal. Kalau kau Sang Gempur mampu menyambut satu jurus aku, iaitu jurus Siput Sedut Penghapus Dewa, maka aku akan tunduk sujud kepada mu wahai Sang Gempur. Seluruh askar-askar hitam aku juga akan turut tunduk di bawah perintah mu wahai Sang Gempur. Ho! ho! ho!

Sang Gempur : Kau jangan nak menghina aku. Cis. Aku terima cabaran mu durjana!

Sang Puteri : Baiklah, bersedia!


PATA! PATA! PATA! PATA! PATA!




KYAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!




**************






Kelihatan Sang Gempur kaku, separuh berdiri dengan lututnya. Kepalanya terdongak ke atas, mulutnya ternganga luas dek penangan jurus yang dilemparkan oleh Sang Puteri sebentar tadi.



Pundek! Benar sekali kata mereka. Jurus Siput Sedut Penghapus Dewa memang Mahakuasa! Siput Sedut Penghapus Dewa yang sedikit tawar di gabungkan dengan Udang Masak Petai Tidak Terbatas mencetuskan satu Mahakuasa yang tiada siapa-siapa pun di dunia ini mampu melawan. Aku walaupun telah menggunakan sepenuh kuasa aku tetap dikalahkan dengan hanya satu jurus sahaja. Dunia, keluarga, Atok Sukaria, pengikut ku.....aku minta maaf, aku gagal....



Akhirnya, Sang Gempur rebah tersembam ke atas tanah, satu lagi Adiwira harapan dunia tempur kecundang.







No comments:

Post a Comment