iklan penaja

02 August 2011

Tips Kekal Segar Bugar di Bulan Ramadhan

Hai kawan-kawan!

Gua tahu ramai kawan-kawan yang bila datang bulan puasa je mesti dah timbul perasaan untuk bermalas-malasan saja. Malas melakukan aktiviti/kerja dengan alasan berpuasa tiada tenaga nak buat semua benda tu, baik tidur je satu hari bangun terus buka puasa senang, ye dak? dan seringkali juga pasti ada kawan kita yang bijak pandai akan menasihati kita dengan memberi hujah

"Eh, zaman nabi dulu puasa pun pergi berperang tau!"

Rasa geram bukan bila kawan lu cakap camni?rasa nak tumbuk je rusuk kiri dia. Lu jangan risau, gua takkan bagi tips atau nasihat macam tu, gua bagi dari aspek Fisiologi Puasa.

Fisiologi Puasa

Secara Fisiologi, puasa pada dasarnya mengubah aturan makan kita. Normalnya kita makan 3 kali sehari iaitu waktu pagi, tengahari dan Malam (aturan ini tak boleh dipakai buat manusia yg tak normal). Manakala ketika puasa pula, aktiviti makan dialihkan ke waktu malam sahaja dan boleh dikatakan kita makan 2 kali sahaja iaitu ketika berbuka dan sahur(ada jugak bantai makan sampai 4 kali). Glukosa merupakan sumber utama yang membekalkan tenaga pada badan kita yang datang dari pelbagai sumber makanan yang kita makan. Selepas makan, Glukosa berlebihan di dalam badan kita akan terus dibawa ke hati dan diubah bentuk menjadi Glikogen untuk disimpan sebagai tenaga simpanan. Bila kita dalam keadaan puasa, tiada langsung makanan dan Glukosa yang masuk ke dalam tubuh kita. Apabila badan kita menyedari kandungan gula di dalam darah berkurangan maka secara automatiknya hati kita 'convert' balik Glikogen yang disimpan tadi menjadi Glukosa dan meningkatkan kandungan gula di dalam darah kita. Menurut kajian, Glikogen yang disimpan di dalam hati hanya mampu untuk memenuhi keperluan tubuh kita lebih kurang 12-16 jam sahaja. Selepas Glikogen dalam hati habis, badan kita akan mengambil Glukosa dan sumber tenaga melalui pemecahan lemak bebas dari organ-organ lain.

Terdapat satu hormon penting yang berfungsi untuk merangsang penukaran Glikogen tadi menjadi Glukosa, hormon Glukagon/anti-insulin. Hormon ini pula dirangsang oleh kegiatan tubuh badan kita. Maksudnya kalau badan kita melakukan aktiviti/kegiatan yang tidak berlebihan ketika berpuasa ia akan merangsang pengeluaran hormon Glukagon yang akan merangsang penukaran Glikogen menjadi Glukosa dan sekaligus membekalkan tenaga pada badan kita. Kalau lu makin bermalas-malasan di bulan puasa asyik tidur je maka makin kuranglah tenaga badan lu disebabkan kadar gula di dalam darah yang dibiarkan turun secara mendadak. Sebab tulah orang berpuasa yang asyik tidur je lagi penat dari orang berpuasa yang aktif.Ada paham?

Jadi gua harap pahamlah korang tentang fungsi Glukosa, Glikogen dan Glukagon di dalam badan kita, gua harap lu orang janganlah bermalas-malas secara berlebihan baik lu ajak awek lu keluar jalan-jalan, bagus untuk badan.hikhik

Sedikit tips untuk kekal segar bugar ketika berpuasa:
1. Makan makanan yang seimbang ketika sahur
2. Banyakkan minum air mineral di malam hari
3. Segerakan berbuka puasa dengan makanan atau minuman panas dan manis.
4. Makan banyak-banyak makanan yang berserat tinggi. (sayur dan buah)
5. Ambil vitamin dan mineral
6. Elakkan pengambilan karbohidrat berlebihan ketika sahur
7. Kurangkan minuman berkafein, soda dan rokok
8. Tidur yang cukup jangan melebih pulak
9. Beriadah
10. Sahur jangan tak sahur!!

Baiklah, setakat ini tips kali ini, panjang-panjang pun bukan lu baca sampai habis pun. Hikhikhik. Ikut petua di atas dan jadilah macam gua kekal segar bugar di Bulan Ramadhan!siap boleh pergi berperang lagi nih!hikhikhik




No comments:

Post a Comment