iklan penaja

22 August 2011



BLOG KINI DALAM PROSES PENYELENGGARAAN






-Harap maaf atas segala kesulitan-
padahal penulis yang malas

12 August 2011

Kronologi Majlis Tayangan Perdana Karipap-Karipap Cinta!


"Karipap saya sedap kan?"
-Sarah-



Ok!Begini!
Rabu lepas, gua menghadiri majlis sidang media dan pelancaran filem Karipap Karipap Cinta (gua masuk secara sah ye, atas jemputan).

Mari ikuti kronologi majlis tersebut dengan bantuan gambar rajah di bawah!

Mula-mula sesi pendaftaran

Lepas tu sesi menunggu panggung dibuka. Bart sampai dah jadi zombie letih menunggu

Lepas tu masuk panggung dan sesi menunggu VIP pula.


Gua dapat tangkap retis Nazri 'Vovinski' Anuar (penulis novel Karipap-karipap Cinta) dan dan Dewinya!

Sorang lagi retis Ana Raffali. Time ni dia duk melambai kat Aloy Paradoks

Aloy Paradoks buat-buat kool je tgk Ana Raffali melambai kat dia.hikhik
Bermula la majlis

Ucapan dulu...blablablabla

Ini Hafsham. pengarah filem Karipap-karipap Cinta

Sesi pengenalan Pelakon dulu. Cerita ni banyak guna pelakon baru.

Sani Sudin sempat mempersembahkan lagu bersama ukelele nya.

Barisan pelakon utama. Melia, Gambit, Eman Manan!


Ana Raffali pula mendendangkan lagu tema filem tersebut iaitu Sehabis Baik

Sesi wartawan ambil gambor

Akhirnya!Sesi tayangan filem

Mula-mula Chef Wan keluar dulu.hikhik


Gua ambil gambar terawal filem je, gila apa nak amek sampai habis!

Dah habis tu mula la sesi borak borak dengan wartawan atau bahasa eloknya Press Conference



Gua pun tak tau apsal dia usha slack je kat gua. Ingat gua takut la tu.heh!

Selepas itu siap ada majlis berbuka puasa terus!Gua mmg suka bab makan makan nih.hikhik
Tahniah juga pada Mr. Nazri kerana nama anda ada dimeja VIP/Artis. Hahaha

Dah habis semua sesi lepak lepak kutu yang malas pegi semayang teraweh.

Pyanhabib Rahman a.k.a Abang Kawasan.

Gua nak balik dah lepas lepak tu, tiba2 dua awek ni berkeras mahu borak-borak ngan gua, tak nak siapa-siapa terluka, gua layan jela.hikhikhik


Maaf awak berdua, saya sudah berpunya.hikhik

Ok sekian lah kronologi Majlis Sidang Media dan Tayangan Perdana Filem Karipap-karipap Cinta!

Mari kita review filem pula!

pa!pa!pa!pa!pa!

ah! Tiba-tiba gua malas pulak. Lain kali lah gua review


Akhir kata lu pergi lah menonton filem tersebut masa Raya nanti, konpem lepas tengok cerita ni persepsi lu tehadap karipap akan berubah.hikhik.

09 August 2011

Pap pap pap! Karipap Karipap Cinta!


Pagi tadi gua dapat pesanan ringkas mengejut dari nombor yang tak dikenali dan sememangnya gua mengamalkan sikap terbuka, nombor yang tak kenal pun gua boleh layan janji jangan hantar sms2 porno kat gua dah la.

Dan seperti yang telah ditakdirkan, pesanan itu tertera begini:

Salam. Dengan segala hormatnya saudara dijemput ke Majlis Tayangan Ekslufsif & Sidang Media Filem Karipap Karipap Cinta. Tarikh : 10 Ogos 2011 (Rabu). Masa : 3petang. Tempat: Hall 6, Cathay Cineplex. E@Curve.Mutiara Damansara. Sila buat pengesahan kedatangan saudara segera. Terima Kasih.

Dan seperti yang telah ditakdirkan, gua balas pesanan itu begini:

Mestilah hadir, gila apa tak hadir?

Diikuti dengan tanda smiley begini :-)



Jadi buat mereka yang jenis katak bawah tempurung mari gua terangkan sikit.

Filem Karipap Karipap Cinta ini merupakan adaptasi daripada novel bestseller Karipap Karipap Cinta hasil tulisan Nazri Vovinski M. Anuar. Disebakan novel ini yang boleh tahan jugak hit dan hip nya, maka Cinematic Pictures di bawah arahan Hafsham telah mengambil keputusan untuk menjelmakan novel Karipap Karipap Cinta tersebut menjadi sebuah filem.

Filem ini dijangka akan keluar pawagam Raya tahun ni, tapi gua besok dah boleh tengok dah.hikhikhik

Sinopsis dia:

Ali adalah seorang pemuda yang bersopan dan baik perangainya tetapi kurang memiliki cita-cita dan motivasi.Dia bekerja di sebuah syarikat yang menerbitkan akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya adalah untuk mengambil foto tempat-tempat yang kelihatan seram dan mengubahsuainya kepada gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Dia jatuh hati pada Sarah,yang bekerja sebagai Kartunis. Dalam satu kejadian meragut, Ali cuba untuk menjadi hero tetapi terpaksa diselamtkan oleh Sarah dengan kemahiran seni silatnya. Ali mendapat tahu yang Sarah pernah belajar di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai Ustazah.

Dalam usaha unutk memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong yang dia juga adalah pelajar kelulusan dari Al-Azhar. Sementara itu, bos Ali, Datuk Razali Bunari terlibat dalam satu pertelingkahan sengit dengan saingan politiknya Dato Zidan. Dia mendapat dokumen sulit mengenai skandal Dato Zidan dan ingin menerbitkannya melalui akhbar politik beliau.Ali terkejut apabila dapat tahu bahawa ayah Sarah pernah bekerja dengan Dato Zidan dan memang terlibat dalam skandal tersebut.Setelah ketahui keinginan Bosnya itu, Ali ingin menebus dosa dengan mencuri dokumen-dokumen tersebut dari pejabatnya. Dengan bantuan empat sekawan beliau dapat pecah masuk ke rumah Bosnya dan mencuri dokumen tersebut. Adakah hajat Ali untuk memikat sarah terkabul dengan kecurian itu? Atau adakah Ali akan bersifat jujur dengan memberitahu perkara sebenar? Dapatkan jawapannya di panggung kelak.


Gua kopi paste dari blog http://andyhowtt.gapuranetwork.net

Pelakon utama versi filem Karipap Karipap Cinta adalah *ehem* *ehem* Gambit Saifullah sebagai Ali, gua harap beliau tak mengecewakan besok. Manakala heroinnya adalah Melia Aimellia sebagai Sarah. Tak kenal?gua pun. Jangan bimbang, jap lagi orang kenal la tuh.

Esok gua kasi amek gambar banyak-banyak pastu kalau tiada aral melintang (gua tak terlibat kemalangan jalanraya atau dibunuh contohnya) gua akan kasi upload kat sini. Orait kawan-kawan?

Untuk maklumat tambahan, gua tak pernah baca pun novel Karipap Karipap Cinta ni. Tiada kesempatan.hikhikihk

p/s: Riya' tak semestinya bangga.


07 August 2011

Daging Merah Charlie suka


Charlie terus menerus berjalan pantas, berlari anak mungkin. Dipastikan kukuh melekat di antara giginya ketulan daging merah yang masih lagi berdenyut, segar. Charlie mahu ke tempat persembunyiannya cepat-cepat sebelum kawan-kawannya yang lain terhidu bau daging mentah yang baru diperolehinya. Biar dia tamak hari ini, benda yang sedap tak elok dikongsi. Lagipun ini hasil usaha dia sendirian, bukan mereka. Habuan ini untuk dia. Setelah tiba di kawasannya, di celah celah lorong antara kedai serbaneka dan rumah urut Charlie melepaskan ketulan daging mentah itu ke atas jalan tar. Charlie menatap tajam daging itu.

Mari kita undur putaran jam sekejap

Charlie terus menerus berjalan pantas, berlari anak mungkin. Dipastikan kukuh melekat di antara giginya ketulan daging merah yang masih lagi berdenyut, segar. Charlie berlari pergi dari kawasan itu. Charlie pantas berlari menyambar ketulan daging merah itu, daging segar yang baru dirobek dari jantung sang perempuan. Lelaki itu kemudian berlalu pergi dengan langkah yang lemah, meninggalkan hatinya yang merah meranum itu,dibiarkan saja di atas jalan tar yang hitam menggerutu. Sang perempuan berlari meninggalkan sang lelaki. Sang perempuan itu merobek dadanya kemudian mencampak ketulan daging merah di hadapan lelaki yang kelihatan sayu itu.

"Kalau kita dah tak sehaluan dan awak tak pernah fikir tentang saya, buat apa lagi kita bersama? Nah amek balik hati awak ni saya dah tak perlukannya lagi! "

Deria Charlie meyakinkan bahawa dia akan mendapat habuan di sini. Di hadapan Restoran Thai kelihatan Sang Perempuan dan Sang Lelaki sedang bertengkar. Langkah Charlie tiba-tiba terhenti di satu kawasan yang berdekatan dengan Restoran Thai. Hampir setengah jam Charlie berjalan dan hampir 6 tempat pembuangan diselongkar masih belum ada rezeki. Charlie terpaksa ke luar kawasannya, biasanya bila berlaku perkara semacam ini, lumrahnya memang Charlie akan keluar jauh sikit, mencuba di kawasan lain. Dia buntu, entah kenapa hari ni susah sangat nak dapat makanan di kawasannya. Biasa nya di tempat pembuangan mesti ada sisa-sisa ayam, daging, tulang, burung, atau paling busuk pun mesti ada tulang ikan. Hampir satu hari suntuk Charlie tak makan. Charli murung dan lemah.

Ok kembali ke putaran asal.

Charlie terus menerus berjalan pantas, berlari anak mungkin. Dipastikan kukuh melekat di antara giginya ketulan daging merah yang masih lagi berdenyut, segar. Charlie mahu ke tempat persembunyiannya cepat-cepat sebelum kawan-kawannya yang lain terhidu bau daging mentah yang baru diperolehinya. Biar dia tamak hari ini, benda yang sedap tak elok dikongsi. Lagipun ini hasil usaha dia sendirian, bukan mereka. Habuan ini untuk dia. Setelah tiba di kawasannya, di celah celah lorong antara kedai serbaneka dan rumah urut Charlie melepaskan ketulan daging mentah itu ke atas jalan tar. Charlie menatap tajam daging itu. Terkenangkan hatinya yang dah lama tiada, dimakan anjing lain barangkali. Lantak lah.

05 August 2011

Ahmad dan kurma 3 biji

'Tretttttttetttttt treeetttttteeetttt'

Gegaran dan bunyi ringtone telefon bimbit mengejutkan Ahmad dari lamunan mimpi Jenifer Aniston. Ahmad yang masih lagi dalam keadaan separa tidur mencapai telefon bimbit yang sengaja diletakkan di tepi bantal. Paparan skrin telefon bimbit menunjukkan satu pesanan yang baru sahaja masuk dari Shasha, aweknya. Ahmad sedaya upaya memaksa kelopak matanya untuk dibuka lebih luas lagi bagi membaca pesanan itu.

"Alooo darling!Bangun!dah nak subuh dah!" ringkas pesanan dari Shasha, disusuli dengan smiley yang comel :-). Mata Ahmad kemudian melirik ke arah jam di tepi katilnya. 5.38 a.m........

Hah!Secara mengejut sel-sel otak Ahmad mula berfungsi dan menganalisa masalah yang dihadapinya. Jam pukul 5.38 am, Imsak jam 5.43 am. Ahmad hanya berbaki 4 minit sahaja untuk bersahur maka haruslah dia manfaatkan sebetul-betulnya 4 minit itu!. Hanya dalam beberapa milisaat, otak Ahmad tadi yang separa mati pantas menyediakan penyelesaian kepada permasalahan Ahmad. Pertama Air! Maklumat dari otak kemudian sepantas itu kemudian disalurkan melalui saraf mengerakkan tubuh Ahmad untuk bingkas bangun dari katil nya dan mencapai air mineral di dapur.

Gulp!Gulp!Gulp!Gulp!

Hanya 2 minit yang diperlukan untuk menghabiskan satu botol besar air mineral, serentak dengan itu otak Ahmad juga memberi satu lagi penyelesaian kepada Ahmad. Kurma! Setelah dicampakkan botol kosong air mineral ke tepi Ahmad bergegas membuka pintu peti sejuk lantas mencapai 3 biji kurma dan dimasukkan sekaligus ke dalam mulutnya. Dikunyah laju-laju kemudian biji nya dikeluarkan. 1 minit 30 saat masa diambil untuk mengkomsusi kurma itu. Dengan hanya berbaki 30 saat, Ahmad pantas mencapai satu lagi botol air mineral dan meneguk kira-kira 5 teguk air mineral kemudian berkumur bagi menghilangkan sisa-sisa kurma yang melekat di celah gigi.


"Ha, eloklah tu Ahmad dah bangun, pergi mandi, gosok gigi pastu pakai baju raya ni, mak dah siap gosok dah, jap lagi kita pegi sembahyang Raya sama-sama ye." Pesan Mak Ahmad


Ahmad diam terkaku. Otak Ahmad segera reboot.




p/s: Ini Ahmad lain, tiada kena mengena ngan Ahmad entri sebelum ini.hikhik

03 August 2011

Ahmad ada segalanya...(tauladan Ramadhan)

Ahmad dulu ada segalanya...

Dulu Ahmad ada kereta besar...

Dulu Ahmad ada seorang bini cantik...

Dulu Ahmad ada anak kecil yang comel...

Dulu Ahmad ada patung lembu comel didashboard keretanya...

Dulu Ahmad ada banyak wang...

Ahmad sugul....


*kelepap!*


"Ah kau ni Ahmad mengada betul, bini ngan anak kau gi bengkel repair kereta jek pun!"
"Itu pun nak emo ke?!" Herdik Abu.



Ahmad kini ketawa dalam kesakitan.


02 August 2011

Tips Kekal Segar Bugar di Bulan Ramadhan

Hai kawan-kawan!

Gua tahu ramai kawan-kawan yang bila datang bulan puasa je mesti dah timbul perasaan untuk bermalas-malasan saja. Malas melakukan aktiviti/kerja dengan alasan berpuasa tiada tenaga nak buat semua benda tu, baik tidur je satu hari bangun terus buka puasa senang, ye dak? dan seringkali juga pasti ada kawan kita yang bijak pandai akan menasihati kita dengan memberi hujah

"Eh, zaman nabi dulu puasa pun pergi berperang tau!"

Rasa geram bukan bila kawan lu cakap camni?rasa nak tumbuk je rusuk kiri dia. Lu jangan risau, gua takkan bagi tips atau nasihat macam tu, gua bagi dari aspek Fisiologi Puasa.

Fisiologi Puasa

Secara Fisiologi, puasa pada dasarnya mengubah aturan makan kita. Normalnya kita makan 3 kali sehari iaitu waktu pagi, tengahari dan Malam (aturan ini tak boleh dipakai buat manusia yg tak normal). Manakala ketika puasa pula, aktiviti makan dialihkan ke waktu malam sahaja dan boleh dikatakan kita makan 2 kali sahaja iaitu ketika berbuka dan sahur(ada jugak bantai makan sampai 4 kali). Glukosa merupakan sumber utama yang membekalkan tenaga pada badan kita yang datang dari pelbagai sumber makanan yang kita makan. Selepas makan, Glukosa berlebihan di dalam badan kita akan terus dibawa ke hati dan diubah bentuk menjadi Glikogen untuk disimpan sebagai tenaga simpanan. Bila kita dalam keadaan puasa, tiada langsung makanan dan Glukosa yang masuk ke dalam tubuh kita. Apabila badan kita menyedari kandungan gula di dalam darah berkurangan maka secara automatiknya hati kita 'convert' balik Glikogen yang disimpan tadi menjadi Glukosa dan meningkatkan kandungan gula di dalam darah kita. Menurut kajian, Glikogen yang disimpan di dalam hati hanya mampu untuk memenuhi keperluan tubuh kita lebih kurang 12-16 jam sahaja. Selepas Glikogen dalam hati habis, badan kita akan mengambil Glukosa dan sumber tenaga melalui pemecahan lemak bebas dari organ-organ lain.

Terdapat satu hormon penting yang berfungsi untuk merangsang penukaran Glikogen tadi menjadi Glukosa, hormon Glukagon/anti-insulin. Hormon ini pula dirangsang oleh kegiatan tubuh badan kita. Maksudnya kalau badan kita melakukan aktiviti/kegiatan yang tidak berlebihan ketika berpuasa ia akan merangsang pengeluaran hormon Glukagon yang akan merangsang penukaran Glikogen menjadi Glukosa dan sekaligus membekalkan tenaga pada badan kita. Kalau lu makin bermalas-malasan di bulan puasa asyik tidur je maka makin kuranglah tenaga badan lu disebabkan kadar gula di dalam darah yang dibiarkan turun secara mendadak. Sebab tulah orang berpuasa yang asyik tidur je lagi penat dari orang berpuasa yang aktif.Ada paham?

Jadi gua harap pahamlah korang tentang fungsi Glukosa, Glikogen dan Glukagon di dalam badan kita, gua harap lu orang janganlah bermalas-malas secara berlebihan baik lu ajak awek lu keluar jalan-jalan, bagus untuk badan.hikhik

Sedikit tips untuk kekal segar bugar ketika berpuasa:
1. Makan makanan yang seimbang ketika sahur
2. Banyakkan minum air mineral di malam hari
3. Segerakan berbuka puasa dengan makanan atau minuman panas dan manis.
4. Makan banyak-banyak makanan yang berserat tinggi. (sayur dan buah)
5. Ambil vitamin dan mineral
6. Elakkan pengambilan karbohidrat berlebihan ketika sahur
7. Kurangkan minuman berkafein, soda dan rokok
8. Tidur yang cukup jangan melebih pulak
9. Beriadah
10. Sahur jangan tak sahur!!

Baiklah, setakat ini tips kali ini, panjang-panjang pun bukan lu baca sampai habis pun. Hikhikhik. Ikut petua di atas dan jadilah macam gua kekal segar bugar di Bulan Ramadhan!siap boleh pergi berperang lagi nih!hikhikhik




01 August 2011

Kisah Alif di bulan Ramadhan


Mak....hari ini Alif kena puasa ke?Ok...Hari ni Alif cuba puasa tapi kalau tak larat Alif boleh puasa sekerat hari je kan Mak? Boleh kan? Lagipun Alif nak belajar je baru, kira macam trening la, nanti esok lusa bila dah biasa Alif puasa penuh la ye mak. Kalau Alif puasa penuh mak bagi upah kan?kan?hehe..mak janji taun lepas kalau Alif puasa penuh sehari Mak bagi Alif seringgit, so kalau sebulan RM30 la Alif dapat!yeayyyy!Terima kasih mak!.



PA TA!



Bahasa punya budak! Kau tu dah 23 tahun jangan nak mengada-ngada!




p/s: waktu berbuka puasa 01/08/11 Kgr-7:38, As-7:77, Png-7:37, Ipoh-7:33, KL-7:30, S.Alam-7:30, Sban-7:27, Mka-7:26, JB-7:18, Ktan-7:25, KT-7:25, KB-7:30, KK-6:34, Lbn-6:36, Kch-6:55. Hik hik hik