iklan penaja

05 June 2011

Kisah tikus tak senonoh!

Semalam, gua baru pulang dari kerja. Di ruang letak motorsikal, di hujung sekali, ada satu ruang kosong. Cepat-cepat gua masuk port tersebut.

Tiba-tiba

Swooooshhhh, melintas di depan gua, seeokor binatang berbulu berwarna kelabu, berekor panjang, bertelinga capang saiz dia sebesar anak kucing 1 bulan. Setelah beliau terperasaan kehadiran gua, beliau berhenti bergerak. Kemudian mata beliau memandang tepat ke arah gua. Dan gua pun memandang tepat mata beliau. Mata kami saling bertentang....


....

....

....

....

....




Ah sial! Apa tak senonoh gua ni boleh ada 'feeling-feeling' ngan menatang tikus ni pulak!


p/s: ini hanyalah cerita fiksyen semata, cerita rekaan semata, tiada kena mengena dengan gua langsung!

04 June 2011

Panduan Penyusuan Ibu!

Hai kawan-kawan!



Ini gua ada jumpa adik beradik sepenyusuan gua: http://susu-terbaik.blogspot.com/



Hikhik


Tapi blog dia senonoh la, gua ni kurang senonoh sikit, mungkin kurang minum susu kot, tak macam dia.




Liyana Jasmay hisap rokok!



Hello kawan-kawan!

Ya!Liyana Jasmay berlakon sebagai seorang penghisap rokok tegar di dalam filem pendek berjudul Cinta Akhir arahan Ar0n Koh.



Bagi gua misi filem ini tidak berjaya, kerana selepas menonton filem pendek ini ia sikitpun tak memberi apa-apa impak atau kesan kepada gua. Kisah cinta yang ditampilkan juga agak bosan, bait-bait cinta manis dan indah tidak jelas ditunjukkan dan tidak menarik langsung. Lakonan Iz Sulaini amatlah teruk dan kaku. Filem pendek ini mungkin berjaya diselamatkan dengan lakonan Piere dan kecomelan Liyana Jasmay (walaupun tak pandai hidap rokok). Dana RM130ribu yang diperuntukkan patutnya menghasilkan cerita yang lebih berkualiti. Mungkin durasi 10 minit terlalu pendek untuk cerita begini, dengar cerita (cerita dari mana ntah) banyak scene-scene yang terpaksa dipotong maka menjadikan cerita ini tergantung langsung.

Namun, tahniah buat Aron Koh kerana usaha anda membuat sesuatu untuk kebaikan sejagat, orang lain kalau dah tahu benda tu susah memang tak buat dari awal-awal la.Gua salut untuk semangat lu (peduli apa niat lu murni atau tak)

Ketika proses pengambaran filem pendek tersebut gua sempat juga curi-curi ke set untuk ambil gambar.hikhik

Pose tak senonoh dari LJ.hikhik



02 June 2011

William & Kate bercerai!


Hello kawan-kawan!

Dengar cerita William & Kate yang baru sebulan lepas kahwin bagai nak rak kini sudah berpisah!
wohoooooo!!Pada hari Selasa yang lepas, Prince William membuat pengumuman bahawa mereka sudah bercerai dan keseluruhan perkahwinan adalah satu kesilapan yang total!lu memang power la mat, senang-senang je nak cerai.Tak senonoh!hikhik


Mahu baca lagi?sila ke sini------->Breaking News, gua hanya menyampaikan je.hikhik






p/s:jangan risau berlambak lagi orang nak kahwin ngan lu mat.hikhik

Onani Di Kuala Lumpur


Ini buku Anarki Di Kuala Lumpur


Sebuah buku tak senonoh tulisan kutu jalanan yang tak senonoh bernama Mohd Jayzuan diterbitkan oleh publisher keji bernama Sufian Abas.

Buku ini masih belum berada di pasaran lagi, sebagai seorang yang bertanggungjawab gua telah merompak buku ini daripada publisher yang keji tersebut (cara-cara merompak publisher) dan akan membongkar kekejian dan ketaksenonohan buku ini kepada anda semua.

Mula-mula, pasang lagu ini di komputer kuat-kuat demi mendapat feeling seorang punk


kemudian bermulalah pengembaraan gua ke dalam dunia Syd Jamal seorang punk rocker, wild man, frontman The Rats; kugiran garage punk yang semakin mahsyur, bergelumang dengan dadah, dan perempuan-perempuan liar, melanggar segala landasan moral, menerjah meludah norma masyarakat hasil garapan tangan Mohd Jayzuan.

Buku ini bagi gua, berjaya membuat gua menyelongkar satu dunia baru, dunia rock n roll/punk rockers di Malaysia, dunia yang tak ramai faham atau tak ramai pun yang tahu wujudnya dunia ini. Segala kekejian, keseronokan, kebodohan, kenikmatan, kejahilan, kenakalan dunia ini telah ditulis menggunakan bahasa jalanan yang realistik dan jujur. Nescaya DBP akan menyumpah laknat buku ini kerana gaya bahasanya.

Tahniah Mohd Jayzuan kerana penulisannya kini jelas semakin matang dan menarik jika hendak dibandingkan dengan buku beliau sebelum ini 28 hari jurnal rock n roll (gua dah bakar). Mungkin sebab buku sebelum ni senonoh sangat kot, sebab tu gua tak berapa suka,hikhik.

Ok gua tak mahu puji lebih mamat ni, kang takbur dan riya' pulak. Satu yang gua tak suka sangat, ceritanya terlalu pendek, tak rasa macam baca novel pun, pola ceritanya macam terlalu cepat, tak sempat gua nak capai klimaksnya, terhenti di pertengahan jalan. Seperti lu sedang beronani, sedang lu asyik menghayun hingga hampir ke puncaknya tiba-tiba mak lu orang ketuk pintu bilik ajak makan malam, mengecewakan kan?namun tetap ada keseronokannya walau tak klimaks dan cukup untuk puaskan diri setakat ini. Gua harap karya seterusnya semakin baik dan boleh buat gua mencapai katarsis terulung.


"Cantiknya punk adalah kerana ia membenarkan aku buat apa yang aku percaya dan suka. Tanpa ada undang-undang yang menetapkan itu atau ini punk. "

-Syd Jamal-



Bagi poser yang selalu berangan nak jadi punk/ rock n roll fella, gua galakkan lu beli buku ini dan belajar dari buku ini.

Bagi yang suka baca blog Adinda Milano Evans, anda pun digalakkan membeli buku ini,kerana ianya lebih menghairahkan dari blog budak umur 14 tahun.

Bagi yang berperangai tak senonoh macam gua pun gua galakkan untuk membeli tapi gua tak galakkan lu orang rompak macam gua!haram tu!

Bagi yang..ahhh mamposlah!suka hati lu lah nak beli ke tak fucker!!<--------terpengaruh dengan buku ini.


p/s: cara-cara membeli secara sah boleh rujuk disini ye tuan-tuan dan puan-puan. Ataupun boleh saja search FB Anarki Di Kuala Lumpur you fucking loser!<------ sekali lagi gua di bawah pengaruh.sial punya buku!

01 June 2011

Publisher buku tak senonoh dirompak!


Hello kawan-kawan!

Tadi gua jalan-jalan di satu kawasan perumahan ini, tiba-tiba gua tertarik dengan satu kereta ini.

Apa yang menarik dengan kereta buruk ni?


Parampampampang!Kelihatan kelibat buku Anarki Di Kuala Lumpur yang belum dilancarkan lagi berada di dalam bonet kereta tersebut. Barangkali ini kereta milik publisher buku tak senonoh tersebut. Hikhik

Dan gua berjaya merompak buku tersebut ketika empunya kereta sedang sibuk bermimpi mengenai rumah tepi pantai beliau.


Kini dengan berjaya nya rompakan gua keatas kereta tersebut, boleh la gua sambung review buku Anarki Di Kuala Lumpur!Hikhik



Bagi sesiapa yang ingin memiliki buku tersebut, silalah dapatkan melalui cara yang halal jangan tiru cara gua.hikhik







p/s: Besok-besok la gua review, apa ingat gua ni takde keje lain selain merompak?

Kota tak senonoh

Rizal, seorang jejaka macho dari kampung, datang ke Kuala Lumpur penuh dengan impian dan harapan, mahu bekerja dan mempertaruhkan nasib di kota konkrit ini dengan harapan nanti pulang ke kampung bolehlah dia kahwin dengan Siti Saleha.

Rizal sangat beruntung, sebaik tiba di KL, beliau sudah mempunyai bilik untuk disewa. Terima kasih kepada Mamat, kawan nya dari kampung yang sudah mengembara ke kota konkrit terlebih dahulu sebelum Rizal. Mamat menyewa bersama rakan-rakan yang lain di Flat Pekeliling, sememangnya flat yang amat terkenal di Kuala Lumpur.

Akibat kepenatan, malam itu awal-awal lagi Rizal dah tidur, bersedia untuk hari esok di Kuala Lumpur yang mencabar. Sedang enak dibuai mimpi bermain bersama bidadari, tiba-tiba Rizal dikejutkan dengan bunyi tapak kaki yang deras berlegar-legar di ruang tamu....serentak dengan itu Rizal mencapai telefon bimbitnya dan memeriksa jam, pukul 2 pagi.

Dupdapdupdap

Jantung Rizal mula berdegup di luar norma. Mungkin hanya permainan minda bisik hatinya, namun tiba-tiba kedengaran bunyi air bercucuran di bilik air. Rizal sedikit pucat. Mindanya berputar-putar dengan pelbagai persoalan. Siapa yang mandi pagi-pagi ni?mana ada orang mandi pagi-pagi....huh. Rizal semakin pucat apabila kedengaran bunyi seperti dua makhluk sedang bersembang menggunakan bahasa yang dia langsung tak faham.

Kat Kuala Lumpur ni pun ada bunian ke? Ahhh Rizal semakin gelisah, tak tentu arah, takut, rasa macam nak pitam pun ada...Suara-suara tadi kedengaran semakin lama semakin hampir dengan bilik Rizal. Semakin hampir dengan dia, Rizal tarik selimut tutup muka sambil mulut kumat-kamit membaca ayat kursi. Di minda, mula terbayang mengenai kisah hantu Kum-Kum yang diceritakan oleh Pak Mail dikedai kopi minggu lepas.

Toktoktok

Bunyi pintu bilik Rizal diketuk

TOKTOKTOK

pintu bilik semakin kuat di ketuk

TOKKTOKKKTOOKKK

ketukan semakin kuat dan semakin kuat

TOKTOKTOK

TOKTOKTOK



PAAAMMM!!!!



"Oit Rizal, kau tak tidur lagi ke?Ini aku kenalkan sorang lagi teman rumah kita, nama dia Saiful"


Sapa Mamat sambil membuka pintu bilik Rizal.



Sial, kat Kuala Lumpur ni pukul 5 pagi pun orang duk main futsal lagi, apa ada hal?




p/s:hikhik<-------------------- ini gelak evil gua