iklan penaja

04 June 2011

Liyana Jasmay hisap rokok!



Hello kawan-kawan!

Ya!Liyana Jasmay berlakon sebagai seorang penghisap rokok tegar di dalam filem pendek berjudul Cinta Akhir arahan Ar0n Koh.



Bagi gua misi filem ini tidak berjaya, kerana selepas menonton filem pendek ini ia sikitpun tak memberi apa-apa impak atau kesan kepada gua. Kisah cinta yang ditampilkan juga agak bosan, bait-bait cinta manis dan indah tidak jelas ditunjukkan dan tidak menarik langsung. Lakonan Iz Sulaini amatlah teruk dan kaku. Filem pendek ini mungkin berjaya diselamatkan dengan lakonan Piere dan kecomelan Liyana Jasmay (walaupun tak pandai hidap rokok). Dana RM130ribu yang diperuntukkan patutnya menghasilkan cerita yang lebih berkualiti. Mungkin durasi 10 minit terlalu pendek untuk cerita begini, dengar cerita (cerita dari mana ntah) banyak scene-scene yang terpaksa dipotong maka menjadikan cerita ini tergantung langsung.

Namun, tahniah buat Aron Koh kerana usaha anda membuat sesuatu untuk kebaikan sejagat, orang lain kalau dah tahu benda tu susah memang tak buat dari awal-awal la.Gua salut untuk semangat lu (peduli apa niat lu murni atau tak)

Ketika proses pengambaran filem pendek tersebut gua sempat juga curi-curi ke set untuk ambil gambar.hikhik

Pose tak senonoh dari LJ.hikhik



No comments:

Post a Comment