iklan penaja

19 June 2011

Abang polis tak senonoh




Semalam, gua pulang dari kerja. Ya, gua pun ada kerja lain selain menulis di blog tak senonoh ni. Gua punya seronok layan corner baring di satu persimpangan tiba-tiba

Nah amik kau!Sekatan jalan!

Gua cuba berlagak kool, tapi polis itu tak terpedaya, tetap dengan keputusan beliau mahu menahan gua yang tak bersalah ini. Gua berhenti, gila apa taknak berhenti?

"Bak mai lesen, road tax, IC" Minta brader polis.

Gua tanpa sebarang bangkangan menurut perintah beliau.

"Dari mana ni?" tanya brader polis, cuba untuk memulakan perbualan.

"Dari tempat kerja bang" balas gua kool sambil membuka seat motor gua, nak ambil roadtax yang baru je gua renew pagi tadi.

"Kerja kat mana?" tanya beliau lagi. Cuba bermesra

"Kat Taman Tun, Lorong Rahim Kajai 13, no 22". Gua bagi jawapan yang tepat.

"Itu bukan kawasan rumah ke?kerja apa?" Balas beliau kehairanan

"Haah rumah, saya kerja SOHO je bang".

"SOHO?" soal beliau perlahan, kehairanan.

"hah!tulah lu, kerja gomen, mana lu tahu apa itu erti kesusahan mencari wang!" herdik gua, dalam hati. Gila apa gua nak herdik dia depan-depan, oit Botak Chin pun takot polis lu taw tak?

Kemudian brader tu tanya lagi satu soalan

"IC mana IC?"

"errrr........"

p/s: sial lah!Bangla mana yang curi IC gua, naseb tak kena tahan balai!"


Gua sekarang berada di Kuala Lumpur Alternatif Book Fest, jual buku-buku tak senonoh, meh la datang kalau lu berani.


No comments:

Post a Comment