iklan penaja

10 June 2011

Tips bina badan dengan 4 langkah mudah!


Hai Kawan-kawan!

Hari ini gua nak berkongsi dengan lu orang tips untuk bina badan anda dengan hanya 4 langkah mudah!

Inginkan badan seperti Sazali Samad?

Bagi jejaka-jejaka loser di luar sana yang sering mengimpikan penerampilan tough dan macho seperti Sazali Samad kini impian anda boleh menjadi kenyataan! Tak perlu lagi berada di dalam kitaran loser, kini anda sudah bebas!hikhik. Sila ikuti langkah-langkah dibawah nescaya nasib lu orang akan berubah.

Langkah pertama:

Pergi ke laman web ini dan buat tempahan produk yang bernama Adult Muscle Shirt seperti gambar di bawah



Langkah kedua:

Sabar menanti pakej tempahan anda sampai ke rumah. Semasa menunggu lu orang dinasihatkan supaya tidak terlampau teruja nanti lu orang akan semakin loser dan gua dah tak boleh nak tolong sangat dah.

Langkah ketiga:

Apabila pakej tersebut sampai, periksa pakej tersebut dan pastikan tiada sebarang kerosakan pada pakej tersebut, jikalau terdapat sebarang kerosakan, bolehlah hubungi pihak pengedar dan minta ganti.

Langkah keempat:

Sarung baju tersebut dan gayakan baju tersebut dengan penuh keyakinan dan kemachoan, kini anda sudah bersedia untuk keluar dari rumah anda sekaligus keluar dari lingkaran loser anda!Ya!cepat pergi cari awek, gua gerenti kini, ramai awek yang ingin mendekati anda.hikhik



Selamat Mencuba!



Lagi produk tak senonoh yang dijual




No comments:

Post a Comment