iklan penaja

16 June 2011

Brader Rokes tak senonoh


Malam, jam di tangan menunjukkan pukul 8.00 pm. Ok, gua lapar, gua mahu makan dan entah kenapa malam ini, otak gua keras mengatakan kehendaknya, mahu makan burger.

Demi menurut arahan otak gua, gua membuat keputusan untuk mencuba burger Rokes. Burger hebat yang digembar-gemburkan itu. Dengar cerita, bloger terkenal yang jaga stall burger tu, Pipiyapong penulis blog Hilang Punca yang femes tu. Nak la juga gua merasa burger hasil masakan blogger nih, ada rasa macam penulisan dia yang best tu tak?

Gua capai tuala, gua mandi, kasi sabun dengan Peach Shower Gel, yelah nak jumpa blogger terkenal ye dak?. Selesai mandi, gua sarungkan boxer brief jenama Spongebob (uptown), kemudian gua sarungkan t-shirt putih jenama Pagoda. Hari ini Khamis, hari gua pakai warna biru, lantas gua mengambil Kemeja biru jenama John Master dan gua kenakan dengan seluar slack licin hitam juga dari jenama yang sama, John Master. Sentuhan terakhir, gua lengkapkan diri dengan tie jenama Canggih, dengan ikatan bonggol. Kasut pula, gua pakai kasut lowfer jenama Blue Moon (gua beli kat bundle, brand korea).

Sekejap. Haram apa gua pakai bagai nak rak semata-mata nak pergi gerai burger rokes? sial! Gua patah balik masuk bilik, gua pakai seluar pendek dengan t-shirt pagoda je. Cet.

Gua kapcai ke gerai Rokes sambil otak gua bermain-main dengan imejan burger rokes yang kencang dikatakan enak itu. Gulp.

20 minit kemudian, gua sampai di gerai Rokes.

...................................

..................................

....................................


Celaka!Tutup pulak dah gerai nih, dasar Pipiyapong betul!Suka hati je nak bukak/tutup gerai bila-bila yang dia suka je. Gua kecewa.

Selepas segala sumpah seranah gua tujukan kepada beliau (tak perlulah gua tulis disini, percayalah lu pasti tak mahu dengar) barulah gua tahu, rupa-rupanya sedara Pipiyapong sedang sibuk membalas email peminat-peminatnya serta sibuk dengan majalah Rokes beliau yang dicetak oleh percetakan Mutalib Uthman.


Majalah Rokes ini mengandungi 64 mukasurat isi kandungan yang tak senonoh, harga dia RM6 ringgit jek. Daripada lu duk melalak pasal FB Tourism Malaysia tu, baik lu orang beli majalah ini, dapat lah jugak menambah ilmu pengetahuan walau 1 percent sahaja.hikhik


Cara-cara pembelian boleh la terus ke blog sedara Pipiyapong dan tolong tanya dengan penuh sopan santun dan tatatertib, kerana brader ini sangat garang orangya.


No comments:

Post a Comment