iklan penaja

27 June 2011

Air kegemaran Charlie

Charlie berlari anak. Di mulut ada sebotol air mineral. Spritzer. Air kegemaran Charlie.

Bagi Charlie air mineral Spritzer merupakan air paling sedap buat dia dan setiap kali dia dapat air itu, pasti akan dihargai setinggi-tingginya. Bukan dia tak sukakan air lain, air sirap, air minuman osmosis berbalik, air minuman H20, air mineral tesco, Evian, Perrier, Soda, Tiger, cendol, coke, sarsaparila, longkang, lopak, air hujan semuanya pernah dia minum, tapi Mineral Spritzer ini, seperti ada kelainan, Charlie suka sangat.

Charlie berlari anak. Di mulut ada sebotol air mineral. Spritzer. Air kegemaran Charlie.

Tiba-tiba Charlie teringatkan si Dolores. Betina kegemaran dia. Terdetik juga di hati Charlie ingin berkongsi minuman kegemaran dia bersama Dolores. Tersipu-sipu Charlie apabila memikirkanya. Berdua-dua an di belukar kegemaran, bersama betina kegemaran menikmati minuman kegemaran, ahhh cukup romantis. Tapi bila difikirkan balik, Charlie tak ingin berkongsi. Biarlah kali ini dia sahaja yang menikmati air kegemaranya. Dah lama dia tak menikmati air kegemaranya. Ah, Dolores tu bukan selalu sangat pun berkongsi dengan Charlie. Sial.

Charlie berlari anak. Di mulut ada sebotol air mineral. Spritzer. Air kegemaran Charlie.

Mujurlah Jason, Lucky dan Snippet menolak ajakan Charlie untuk bersiar-siar tadi. Puas Charlie memujuk tapi semuanya malas. Hendak tidur petang, semalam banyak bermain sampai lewat pagi. Penat kata mereka. Charlie pula jenis yang tak boleh duduk diam, mesti keluar bersiar-siar ambil angin, kalau tak dia akan sakit kepala ya amat. Kalau Jason, Lucky dan Snippet ikut serta, pasti rugi buat Charlie, air kegemaran terpaksa dikongsi bersama.

Charlie berlari anak. Di mulut ada sebotol air mineral. Spritzer. Air kegemaran Charlie.

Setelah mendapat air kegemaran, pasti mahu dinikmati di satu tempat rahsia kegemaran, tempat dimana tiada sesiapa yang akan mengganggu. Charlie tak mahu gopoh, dia percaya sesuatu yang sedap haruslah dinikmati secara perlahan-lahan untuk mencapai kepuasan tahap maksima. Entah mengapa, secara mengejut Charlie berhenti. Deriannya yang sensitif merasakan bahaya yang akan datang. 5 langkah di hadapan kelihatan seorang anak kecil berlari mengejar bola. 10 langkah di hadapan kelihatan sebuah van meluncur laju ke arah anak kecil itu. Pemandunya kelihatan sedang membelek-belek peta. Baru datang bandar agaknya?



'WOOOFFF!! WOOOOFFFF!!"


Charlie melolong memberi amaran pada si anak kecil. Botol mineral Spritzer yang digonggongnya jatuh bersepah di atas jalan tar. Ah


No comments:

Post a Comment