iklan penaja

07 June 2011

Frinjan (dua)(satu)


Hai Kawan-kawan!

Pada Sabtu lepas bersamaan dengan 4 June 2011 gua ada pegi satu event tak senonoh yang diberi gelaran Frinjan. Di sini anak-anak muda berpesta secara liar diiringi alunan musik-musik yang kuat dan melalaikan! Buku-buku berhaluan kiri dan tak senonoh juga banyak di jual disini!ishishish. Di bawah gua sertakan gambar-gambar yang sempat gua ambil ketika majlis menyesatkan anak muda berlangsung.




Antara buku-buku tak senonoh dan menyesatkan yang dijual!

Jaket militan turut dijual

Ini Taiko dia, jangan main-main sama itu botak woooo


Antara pengikut-pengikut tegar mereka




Makanan pembangkit semangat juga ada dijual.



Tengoklah kasut pengikut mereka, ganas!



Antara pemain-pemain musik yang menyesatkan minda

Kumpulan the D.I.A





Najwa Latif. Jangan mudah tertipu dengan wajah manis anak gadis ini, musik dan nyanyian dia amat melalaikan!


I/Am/Rain. Musik dan pekikan lolongan vokalisnya cukup untuk menggegarkan otak dan merubah persepsi dunia anda!










The Qum Actors. Propaganda senyap





Man Under Zero Effort. Bass nya seperti peluru yang dilepaskan dari Kalashnikov bertalu-talu menghancurkan ketamadunan manusia. Petikan gitar utama seperti elektrik menjalar masuk ke dalam otak mu menghancurkan dan melumpuhkan seluruh sistem badan berserta tajuk-tajuk lagu yang gampang!




Ah, pengakhirannya lagi dasyat. Persembahan daripada Akta Angkasa. Saat saja musik dimulakan, jarum tajam dicucuk ke lengan mu lantas merembeskan cecair heroin menceroboh saluran darah mu dan laju menyebarkan racun berbisa ke seluruh tubuh mu. Kini, kau tak mampu berbuat apa-apa, khayal terawang-awang di ankasa raya.






























Ini salah seorang mangsa yang telah disia-siakan hidupnya akibat majlis yang melalaikan ini!










p/s: tolong google sarcasm untuk lebih memahami entri ini.hikhik







1 comment: