iklan penaja

12 June 2011

Nasihat putus cinta!

Hai kawan-kawan!

Teman serumah gua sudah satu dekad berpisah dengan awek beliau, namun sampai hari ini beliau masih lagi tak normal dan masih lagi susah untuk melupakan bekas kekasih beliau. Ya, bunyinya sangat loser, namun semua orang berhak untuk menjadi lebih baik! Jadi, bersempena dengan ulangtahun perpisahan beliau, meh gua bagi nasihat tak senonoh berkenaan putus cinta.

Bagi gua, terdapat 5 perkara yang harus anda lakukan, tak kiralah anda yang mintak putus, atau anda yang ditinggalkan:

Pertama: Laksanakan dengan kadar segera!
Bila perasaan cinta itu sudah tiada, putuskan dengan segera, kalau boleh malam ini jugak lu kasi putus! Setiap masa lu luangkan bersama pasangan yang anda tak cinta, sedangkan dia berfikir sebaliknya maka setiap saat lah anda hutang dosa dengan beliau, dosa menipu. Oi pundek, dah-dah la Google tu, tak payah nak belek-belek website konon-konon nak cari penawar atau cara-cara memutuskan hubungan. Masa itu musuh anda, semakin lama simpan semakin parah, nak senang cepat putuskan saja.

Kedua: Beritahu, bukan memberi isyarat.

Tak kiralah di peringkat awal atau semasa dah hujung-hujung dah, perhubungan adalah mengenai keinginan. Cakap apa yang lu orang mahu, kasi jelas dan jujur. Pasangan bercinta mengekspresikan perasaan mereka melalui perbuatan. Tapi, memutuskan perhubungan pula hanyalah perbuatan memberitahu seseorang apa yang anda mahu.Mereka sama ada mahukan benda yang sama seperti lu atau sebaliknya. Jadi jangan nak poyo dengan membuat perbuatan-perbuatan yang lu orang mahu putus, pasangan mungkin tak faham, senang beritahu dengan jujur saja! Jangan jadi penakut takda batu punya jantan.

Ketiga : Tak perlulah fikir sangat pasal nak kekalkan persahabatan.

Eh, tipulah kalau lu orang tak ada kawan langsung selain awek lu tu. Tak payah fikir sangat pasal hilang kawan tu, berlambak lagi orang yang boleh jadi kawan lu (kecuali lu memang jenis tak senonoh takde orang nak kawan). Percayalah, lu orang mesti tak selesa berkawan dengan orang yang pernah suatu masa dulu intim ngan lu, kenal lu luar dalam atas bawah belakang depan. Faham?! Tak payah nak tunjuk baik sangat, nak fikir pasal reputasi, jujurlah dan beritahu apa yang anda mahu sebenarnya. Ingat, jangan berjanji dan jangan harapkan apa-apa. Jangan rancang untuk berjumpa minum kopi dan membincangkan mengenai perpisahan korang, jangan bincang apa-apa pun selepas itu!

Keempat : Cuma, janganlah lu orang buat musuh pulak.

Gua tahu, lu dah banyak musuh dah, jadi tak gunalah kalau lu orang mahu tambah musuh lagi. (kalau lu jenis suka bermusuh, abaikan pesanan ini). Apa yang gua maksudkan, lu orang janganlah kejam sangat bila berpisah. Jangan duk berdrama sangat macam NoraElena, rilek, cool dan tunjukkan rasa hormat anda. Jujurlah walaupun benda tu buat lu rasa tak selesa dan tak sedap badan. Ingat, jangan duk drama sangat brader.

Kelima: Campak henfon lu ke laut, sungai atau longkang. Ikut kesesuaian diri anda. Jangan bukak internet untuk beberapa ketika.

Jangan pandai-pandai nak berhubung. Terus jauhi bekas kekasih dan jangan berhubung langsung! Jangan pandai-pandai nak bagi harapan palsu kat bekas lu, kang susah lu kena ulang balik langkah-langkah ini dari mula. Buang dan bakar segala gambar-gambar atau barang-barang yang mengingatkan lu pada bekas lu, buang masa je, baik lu mula fokus pada perhubungan baru yang bakal berlaku.

Itu sahaja nasihat tak senonoh gua, terpulang lu mahu ikut atau tak. Lu punya hidup takda kaitan dengan gua.hikhik







sumber dipetik dari sini dan kemudian diubah mengikut kesesuaian.

lagi petua tak senonoh--------------> sila tekan

No comments:

Post a Comment