iklan penaja

30 June 2011

Kotak Hitam (bukan kuning)



"Warna kuning pada jalur gemilang melambangkan kesetian rakyat pada negara."


gambar dicopy-paste dari Berita Harian Online

Pada 9hb Julai 2011, Bersih 2.0 menganjurkan satu perhimpunan aman (seperti didakwa penganjur) dengan misi menuntut Pilihanraya yang lebih tulus, jujur dan 'bersih'. Malangnya niat murni penganjur telah disalahertikan dan difatwa kan sebagai perhimpunan haram oleh kerajaan. Kerajaan mendakwa perhimpunan ini boleh mengakibatkan kekecohan dan mengancam keselamatan negara. Namun, pihak penganjur tetap berkeras dan berjuang serta mengajak semua orang untuk turut serta dalam perhimpunan tersebut dengan hujah Bersih2.0 merupakan satu gerakan rakyat untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.


Ok stop. Mual.




Pada 8, 9, dan 10 Julai, Purple Talent Studio dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka ada menganjurkan pementasan teater bertajuk 'Kotak Hitam'. Teater berdurasi sejam arahan Fasyali Fadzly Vitamin dan dilakonkan oleh Aloy Paradoks. Teater ini juga merupakan satu gerakan rakyat untuk rakyat walaupun kecil tapi sumbangannya terhadap masyarakat tetap ada. Jadi bagi rakyat-rakyat yang selesai bergerak untuk negara pada 9 Julai nanti, boleh la terus bergerak ke Stor Teater DBP dan menonton teater Kotak Hitam. Semua boleh masuk dengan sumbangan RM15 (kalau stor tak penuh la).

Meh tengok video promo dia meh!






p/s: sebagai orang muda gua rasa macam kool jugak kalau gi Bersih 2.0 ni, barulah true rebel!yeah!hikhikhik


No comments:

Post a Comment