iklan penaja

26 May 2011

Dendam Dato' Affifudin!


Hai Kawan-kawan!

Siang tadi gua curi-curi masuk satu sidang akhbar atau satu majlis pelancaran novel Dendam, iaitu novel baru keluaran FIXI ditulis oleh Dato' Affifudin Omar. Majlis ini berlangsung di Kiara Equestrian & Country Resort. Gua memang suka curi masuk majlis macam ni, makanan dia konpem sedap-sedap dan free, siap boleh tapau lagi, jimat duit makan ini hari.hikhik.

Ada roti kecik-kecik

Ada sotong kecik-kecik

Ulam pun ada

menatang ni gua tak tau apa nama

Demi mengelirukan mata pihak lawan, gua buat-buat la sibuk ambil gambar acara tersebut

Ini musuh utama gua, Amir Muhammad tokey FIXI. Harap-harap tak kantoi gua pow makanan dia tadi.hikhik



Dikesan!Penulis blog tersohor Malaysia Mr. Serius Obefiend!Gua syak dia pun curi2 masuk jugak kot.

Dato' Affifudin Omar

Saifulizan Tahir penulis novel Kasino yang akan dikeluarkan bulan depan. Dengar citer novel ni tak senonoh.



*Gulp* *Gulp* ahhhh nikmat betul kopi '0' kat clubhouse ni. Setelah menghabiskan kopi, gua bingkas bangun berjalan ke arah Amir Muhammad, bersalam dengan beliau dan mengucapkan terima kasih. Lalu gua pergi meninggalkan beliau dengan seribu tanda tanya.




1 comment: