iklan penaja

29 May 2011

Ingat Awie je ada Wings?

Salam para pendosa (dipinjam dari Aisyah Baharudin)

Baiklah, kali ini gua mahu bercerita mengenai kumpulan Wings. Ini bukan Wings yang vokalis dia bernama Awie ye, tapi kumpulan Wings yang ditubuhkan oleh seorang bekas kumpulan tersohor The Beatles iaitu Paul McCartney (Macca). Kumpulan ini juga dikenali sebagai Paul McCartney & Wings. Kumpulan ini ditubuhkan oleh Macca pada tahun 1971 (time ni Awie sedang asyik minum susu lagi) setahun selepas dunia menangisi perpecahan kumpulan The Beatles. Pada mulanya Macca hanya ingin bikin itu solo debut album,dibantu dengan isterinya Linda. Pada solo album nye yang kedua, Ram Macca telah mengambil keputusan untuk mengambil beberapa pemain musik luar seperti Hugh McCracken dan David Spinozza sebagai pemian gitar dan drummer Denny Seiwell. Pada 7 December 1971 pertama kalinya mereka mengeluarkan album bersama yang berjudul Wild Life dibawah nama band Wings. (nama Wings terlintas di fikiran Macca semasa beliau berdoa di hospital dimana Linda melahirkan anak kedua beliau).

Ok, apa yang buat gua tertarik dengan Wings ini adalah apabila Macca mengambil keputusan untuk merakamkan album ke tiga(1973) mereka di Lagos, Nigeria! Dalam banyak-banyak tempat yang terdapat studio EMI, dia mengambil keputusan untuk merakam album ke tiga berjudul Band On The Run di Lagos, Nigeria kerana menginginkan kelainan dan sudah bosan merakam lagu di UK. Namun, sehari sebelum berlepas ke Nigeria, Macca dikejutkan dengan panggilan dari pemain drum dia yang ingin menarik diri dari Wings. Seminggu sebelum itu
pemain gitar utama juga telah chow awal-awal. Tanpa sebarang pilihan Macca terpaksa juga berangkat ke Nigeria bersama 3 ahli band utama iaitu Linda, Paul dan Denny Laine (pemain gitar & piano) turut serta sound engineer Geoff Emmerick.

Setibanya di Nigeria, syurga dan eksotik yang diharapkan oleh Macca nampaknya hanyalah mimpi semata, Lagos merupakan satu tempat yang dipimpin oleh tentera dan penuh dengan korupsi dan pembunuhan. Malah, Macca dan Linda pernah dirompak dan hampir dibunuh oleh orang Nigeria, namun dilepaskan kerana dia berkulit putih. Habis semua wang, demo lagu, lirik lagu baru di ambil bersama (jangan risau perompak tu tak pandai main musik). Macca juga pernah diugut oleh kumpulan pemusik dari Nigeria kerana disyaki ingin mengambil lagu Africa dan merosakkan lagu mereka. Namun ini tidak memutuskan semangat Macca untuk menghasilkan album yang terbaik. Rakaman album tersebut berjaya disiapkan minggu ketiga September 1973 dan yang mengejutkan, ia dinobatkan sebagai album Wings paling berjaya dan album terbaik Macca selepas perpecahan The Beatles!

Ok, gua dah banyak buang masa lu orang, jadi marilah menikmati lagu Band On The Run dipetik dari album Band On The Run oleh Wings. Lagu ini kini menjadi salah satu lagu feveret gua.hikhik. Terimalah!


p/s: kalau lu tak suka gua tak peduli pungggg.

2 comments:

  1. Gua ingat kalau Wings ni pakai Mus May mungkin lagi power kot

    ReplyDelete
  2. Mus May sekarang nak buat kumpulan 3D la.hikhik

    ReplyDelete