iklan penaja

31 May 2011

Sabun tak senonoh!

Hai kawan-kawan!

Hari ini gua nak berkongsi tips untuk memikat hati para wanita menggunakan sabun!
Ye, guna sabun je!


Ye...guna sabun je!!!sabun!sabun! dan tawakal.hikhik


Mula-mula, lu pegi beli sabun berjudul Peach Shower Gel di Bodyshop, bentuk dia lebih kurang macam gambar di bawah ini:

Gua syak sekarang diaorang tengah buat promosi dari 20 May - 12 June, berdasarkan bukti-bukti yang kukuh.

Selepas anda membeli sabun ini, pergi ke mana-mana tandas yang berhampiran, atau anda boleh saja tunggu sehingga pulang ke rumah.

Setelah berada di dalam tandas, cepat-cepat lucutkan pakain anda, buka paip dan siramkan diri anda dengan air basah. Langkah seterusnya tuang setitis dua Peach Shower Gel ke tapak tangan anda gosok hingga berbuih kemudian kenakan pada bahagian badan yang anda suka kemudian belai bahagian yang anda suka perlahan-lahan sehingga.... Eh silap, itu proses untuk benda lain. Maaf .

Kita ulang balik.

Langkah seterusnya tuang setitis dua Peach Shower Gel ke tapak tangan anda gosok hingga berbuih kemudian sapu kan secara rata ke seluruh badan anda kemudian bilas badan anda. Ambil tuala dan keringkan badan anda.

Langkah terakhir, anda dapatkan awek anda/awek yang baru nak ngorat/awek imaginasi lu orang secepat mungkin sebelum bau sabun itu hilang. Bagi mereka hidu bau badan anda yang sewangi dan semanis buah Peach itu. Nescaya mereka akan terpikat dengan aroma buah Peach yang manis itu dan rasa macam nak geget je diri anda. ;-)

Gua gerenti awek anda tak kan lari lagi dari anda yang kini semanis buah Peach.hikhik





p/s: makwe gua belikan gua sabun ni sebab dia kata bau gua macam bawang. Tak senonoh betul.hikhik

p/s kedua: ini bukan review tajaan!




3 comments:

  1. sabun tak senonoh ke kau yg tak senonoh?

    bhahahaha. bawang.

    ReplyDelete
  2. hurmmmm...sabun tu yang tak senonoh!haha

    ReplyDelete
  3. hahahahaha kesian sabun kena tuduh tak pasal2
    hahahah :D btw Best bro story kau ! haha

    ReplyDelete