iklan penaja

05 August 2011

Ahmad dan kurma 3 biji

'Tretttttttetttttt treeetttttteeetttt'

Gegaran dan bunyi ringtone telefon bimbit mengejutkan Ahmad dari lamunan mimpi Jenifer Aniston. Ahmad yang masih lagi dalam keadaan separa tidur mencapai telefon bimbit yang sengaja diletakkan di tepi bantal. Paparan skrin telefon bimbit menunjukkan satu pesanan yang baru sahaja masuk dari Shasha, aweknya. Ahmad sedaya upaya memaksa kelopak matanya untuk dibuka lebih luas lagi bagi membaca pesanan itu.

"Alooo darling!Bangun!dah nak subuh dah!" ringkas pesanan dari Shasha, disusuli dengan smiley yang comel :-). Mata Ahmad kemudian melirik ke arah jam di tepi katilnya. 5.38 a.m........

Hah!Secara mengejut sel-sel otak Ahmad mula berfungsi dan menganalisa masalah yang dihadapinya. Jam pukul 5.38 am, Imsak jam 5.43 am. Ahmad hanya berbaki 4 minit sahaja untuk bersahur maka haruslah dia manfaatkan sebetul-betulnya 4 minit itu!. Hanya dalam beberapa milisaat, otak Ahmad tadi yang separa mati pantas menyediakan penyelesaian kepada permasalahan Ahmad. Pertama Air! Maklumat dari otak kemudian sepantas itu kemudian disalurkan melalui saraf mengerakkan tubuh Ahmad untuk bingkas bangun dari katil nya dan mencapai air mineral di dapur.

Gulp!Gulp!Gulp!Gulp!

Hanya 2 minit yang diperlukan untuk menghabiskan satu botol besar air mineral, serentak dengan itu otak Ahmad juga memberi satu lagi penyelesaian kepada Ahmad. Kurma! Setelah dicampakkan botol kosong air mineral ke tepi Ahmad bergegas membuka pintu peti sejuk lantas mencapai 3 biji kurma dan dimasukkan sekaligus ke dalam mulutnya. Dikunyah laju-laju kemudian biji nya dikeluarkan. 1 minit 30 saat masa diambil untuk mengkomsusi kurma itu. Dengan hanya berbaki 30 saat, Ahmad pantas mencapai satu lagi botol air mineral dan meneguk kira-kira 5 teguk air mineral kemudian berkumur bagi menghilangkan sisa-sisa kurma yang melekat di celah gigi.


"Ha, eloklah tu Ahmad dah bangun, pergi mandi, gosok gigi pastu pakai baju raya ni, mak dah siap gosok dah, jap lagi kita pegi sembahyang Raya sama-sama ye." Pesan Mak Ahmad


Ahmad diam terkaku. Otak Ahmad segera reboot.




p/s: Ini Ahmad lain, tiada kena mengena ngan Ahmad entri sebelum ini.hikhik

1 comment: