iklan penaja

08 November 2012

KOTAK HITAM kembali lagi!



Apabenda Kotak Hitam ni? Kotak Hitam merupakan satu kotak yang berwarna hitam dimana kita boleh gunakan untuk memerangkap burung wak-wak untuk digoreng sebagai hidangan makan malam....
Bukan!

Kotak Hitam ni adalah nama sebuah teater lucah yang akan dipentaskan oleh geng-geng porno Paradoks Production. Teater ini merupakan karya tak senonoh Fasyali Fadzly, seorang belia yang kurus dan memang tak akan gemuk sampai bila bila. Penerbit eksekutif merupakan seorang awek yang berhati angkasa Fazleena Hishamuddin. Dan pelakon nya, dan pelakonnya......dan pelakonnya......adalah Aloy Paradoks! Aloy Paradoks merupakan seorang penggiat seni masakini yang namanya kian meningkat. Kalau lu orang perasan, semenjak dua menjak ni, muka beliau sering kali keluar masuk keluar masuk surat khabar, dan baru -baru ini dunia seni alternatif dikejutkan dengan kemunculan beliau dalam salah satu segmen rancangan NONA di TV3!

Untuk teater Kotak Hitam ni, Aloy Paradoks berlakon sorang-sorang, jadi ia memang merupakan satu naskah yang amat mencabar buat dia dan amat menarik untuk kita semua tonton. Buat yang tak biasa menonton teater, ini lah peluang anda untuk menonton teater yang betul-betul lain dari yang lain dan power!

Sekarang mari kita saksikan rakaman video interview Aloy Paradoks oleh DBP yang baru dijumpai oleh seorang paparazi dunia seni Alternatif, Encik Bias.


Hikhikhik

Ok, berbalik pada teater Kotak Hitam tadi. Tahun lepas pun teater ini telah dipentaskan, tapi oleh kumpulan lain. Kalau tak silap tahun lepas dipentaskan oleh Purple Talent Studio, namun disebabkan kurang mendapat sambutan dan atas dasar ketidakpuashatian pelakon dan pengarah, Paradoks Production mengambil keputusan untuk mementaskan sekali lagi teater ini pada tahun ini dengan promosi yang lebih besar.

Tahun lepas gua pun ada menonton teater ini dan gua berani kata, lebih baik lu bayar RM25 untuk tengok teater ni daripada lu pergi urut kaki. Sebagai penutup kat bawah ni gua hidangkan gambar-gambar dari pementasan Kotak Hitam tahun lepas.









p/s: untuk info lanjut dan tempahan tiket, sila rujuk poster di atas jangan tanya gua macam-macam, dol.

Koboi Kota



"Brader, ada api?"

Aku menoleh ke belakang. Ah sape pulak yang mintak api ni.
Di belakang aku tegak berdiri seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 40 tahun, berkemeja lengan panjang, bersarung jaket kulit, berseluar jeans hitam lusuh, lengkap dengan topi koboi dan kasut but tajam. Wah, koboi mintak api dengan aku.

"Ada api tak?"

"Ye?"

"Ada api tak brader?api...nak cucuh rokok ni."

Oh ye, brader ni mintak api tadi. Aku segera menyeluk saku depan seluar aku dan mengeluarkan sekotak mancis. Sebatang mancis aku keluarkan dari kotak, nyalakan api dan aku suakan pada dia.

"wah klasik, terima kasih."

Lelaki tadi menyalakan rokok dia, tarik dalam-dalam dan menghembus keluar asap perlahan-lahan. Aku perhatikan lagi lelaki ini, baru aku perasan di kiri bahunya tersandang sebiji Bag Pipe yang berwarna hijau tua bercorak petak-petak. Koboi dan Bag Pipe?

Aku kemudian turut menyalakan sebatang rokok, buat teman lelaki koboi. Kami kemudian diam menikmati rokok masing-masing.


"Kau rasa, adakah kita betul-betul tidak gembira dan tidak bahagia dengan kehidupan ini atau kita memang sengaja mencipta rasa tidak gembira dan memalsukan ketidakbahagian untuk menambahkan lagi drama dalam kehidupan kita, agar tak bosan?"

Soal lelaki koboi tadi setelah menghabiskan rokoknya, dia kemudian bersiul dengan nada yang nyaring dan kuat. Dari jauh aku mula nampak seekor kuda pantas berlari ke arah kami dan berhenti betul-betul di hadapan lelaki koboi tadi. Dia kemudian, melompat ke atas kuda tadi, menepuk belakang kuda dan lelaki koboi tadi beredar dengan menunggang kudanya jauh dari pandangan aku.

Dan dari kejauhan aku dapat mendengar bunyi semboyan yang ditiup oleh lelaki koboi tadi, menjadi lagu latar untuk kota ini.











22 September 2011

Majlis pelancaran buku secara berjemaah


Pada Sabtu lepas, berlangsungnya majlis pelancaran buku secara berjemaah oleh dua penerbit yang berbeza iaitu Fixi dan Selut Press. Novel yang dilancarkan adalah Jerat & Ngeri oleh Fixi, manakala di pihak lawan pula Novel berjudul Nurul Asyikin oleh Selut Press. Mari kita saksikan gambar-gambar yang diambil lensa pasukan wartawan bebas Susu Kondensasi:










































Untuk lebih banyak gambar sila ke sini --------------------------> Klik!

12 September 2011

Senikpik Teater Juta-Juta


Rantai yang mengikat kini sudah terungkai, dan gua boleh kembali menulis dan menyetan disini. Baiklah sempena meraikan bulan kebebasan yang mulia ini, gua mengambil kesempatan untuk mengintai awek hot dan tiga jantan miang melakukan latihan teater. Teater yang diberi namaTeater Juta-Juta yang mana akan


ah malaslah gua nak menulis, lu tgk jela gambar kat bawah ni.





Ini antara pelakon utama Aloy Paradoks


Ini Pengarahnya, walaupun kurus keding dan nampak sweet dan innocent dan baik, jangan tertipu!
Anas pelakon muda yang turut memeriahkan Teater juta juta!

Awek hot garang dan berbakat, Fazleena Hishamudin!













mahu info yang lebih lanjut, boleh la lanjut terus ke page ini, dan ini, dan ini!