iklan penaja

01 June 2011

Kota tak senonoh

Rizal, seorang jejaka macho dari kampung, datang ke Kuala Lumpur penuh dengan impian dan harapan, mahu bekerja dan mempertaruhkan nasib di kota konkrit ini dengan harapan nanti pulang ke kampung bolehlah dia kahwin dengan Siti Saleha.

Rizal sangat beruntung, sebaik tiba di KL, beliau sudah mempunyai bilik untuk disewa. Terima kasih kepada Mamat, kawan nya dari kampung yang sudah mengembara ke kota konkrit terlebih dahulu sebelum Rizal. Mamat menyewa bersama rakan-rakan yang lain di Flat Pekeliling, sememangnya flat yang amat terkenal di Kuala Lumpur.

Akibat kepenatan, malam itu awal-awal lagi Rizal dah tidur, bersedia untuk hari esok di Kuala Lumpur yang mencabar. Sedang enak dibuai mimpi bermain bersama bidadari, tiba-tiba Rizal dikejutkan dengan bunyi tapak kaki yang deras berlegar-legar di ruang tamu....serentak dengan itu Rizal mencapai telefon bimbitnya dan memeriksa jam, pukul 2 pagi.

Dupdapdupdap

Jantung Rizal mula berdegup di luar norma. Mungkin hanya permainan minda bisik hatinya, namun tiba-tiba kedengaran bunyi air bercucuran di bilik air. Rizal sedikit pucat. Mindanya berputar-putar dengan pelbagai persoalan. Siapa yang mandi pagi-pagi ni?mana ada orang mandi pagi-pagi....huh. Rizal semakin pucat apabila kedengaran bunyi seperti dua makhluk sedang bersembang menggunakan bahasa yang dia langsung tak faham.

Kat Kuala Lumpur ni pun ada bunian ke? Ahhh Rizal semakin gelisah, tak tentu arah, takut, rasa macam nak pitam pun ada...Suara-suara tadi kedengaran semakin lama semakin hampir dengan bilik Rizal. Semakin hampir dengan dia, Rizal tarik selimut tutup muka sambil mulut kumat-kamit membaca ayat kursi. Di minda, mula terbayang mengenai kisah hantu Kum-Kum yang diceritakan oleh Pak Mail dikedai kopi minggu lepas.

Toktoktok

Bunyi pintu bilik Rizal diketuk

TOKTOKTOK

pintu bilik semakin kuat di ketuk

TOKKTOKKKTOOKKK

ketukan semakin kuat dan semakin kuat

TOKTOKTOK

TOKTOKTOK



PAAAMMM!!!!



"Oit Rizal, kau tak tidur lagi ke?Ini aku kenalkan sorang lagi teman rumah kita, nama dia Saiful"


Sapa Mamat sambil membuka pintu bilik Rizal.



Sial, kat Kuala Lumpur ni pukul 5 pagi pun orang duk main futsal lagi, apa ada hal?




p/s:hikhik<-------------------- ini gelak evil gua


3 comments:

  1. lu rasa saiful tu ada kaitan ngan yang buat sumpah tu tak

    ReplyDelete
  2. celaka!
    macam tak ada nama lain..
    oh yaa
    gua klik tadi...

    ReplyDelete
  3. Mamai~ saiful ni mana pandai buat sumpah.

    Dark Ray~ eh tu nama abang sufian.haha.nanti gua balas budi lu!

    ReplyDelete