iklan penaja

13 June 2011

Ada Kaki Di Kuala Lumpur -sebuah lagi buku tak senonoh-


Hai kawan-kawan!

Setelah dunia penulisan Malaysia digemparkan dengan pelbagai novel-novel dan buku-buku tak senonoh dan merosakkan minda seperti Anarki Di Kuala Lumpur, Kasino, Cekik, Kougar, Pecah dan lain lain lagi, terbaru muncul lagi sebuah zine yang langsung tak senonoh dan haram berjudul Ada Kaki Di Kuala Lumpur/Dol Blues.



Zine ini ditulis oleh penulis novel bestseller Nazri M. Anuar bersama orang rumah beliau blogger terkenal Pipiyapong. Zine ini merupakan naskah parodi untuk novella Anarki Di Kuala Lumpur (Mohd Jayzuan) dan Kasino (Saifullizan Tahir). Setelah membaca dua mukasurat pertama zine ini di sini, maka gua membuat kesimpulan bahawa zine ini haram dan haruslah di samak setelah digunakan. Zine ini akan memberi kesan sampingan seperti gelak berdekah-dekah, atau sekurangnya tertawa kecil, atau paling koman pun tersenyum sinis. Gua nasihatkan lu orang dapatkan nasihat pakar/doktor sekiranya penyakit di atas sukar untuk dihentikan.

Kalau lu orang nak beli zine ini, tunggu lah hujung minggu ini, ia akan mula dijual di Kuala Lumpur Alternatif Book Fair di Annex, Central Market.

Bagi sebarang cacian atau makian atau pertanyaan boleh terus ke blog Dunia Vovinski

2 comments:

  1. ha...ha..adui...bikin cuak je..ingat ada yg xkena ngan buku nie...ehm~~~..pandai mancing minat org len nak baca..ha..ha..

    salam..jenguk jengah anda di sni..=)

    ReplyDelete
  2. eh, buku ini memang tak senonoh pun!hikhik.

    thanks datang jenguk, susah-susah je....haha

    ReplyDelete