iklan penaja

21 June 2011

Kisah pesta buku liar Kuala Lumpur (Siri satu)


"Dik, ini apa ni dik?pelik benar mak cik nengoknya"

"Oh ini? ini Zine Mak cik"


Jika anda tak pernah tahu tentang kewujudan karya alternatif BM di Malaysia, mungkin anda juga salah seorang mak cik di atas, atau lebih teruk, seorang Cikgu Shida.hikhik

Hujung minggu lepas. Puluhan penulis-penulis muda dan penerbit-penerbit muda kecuali penerbit tua Mutalib Uthman ada menjual karya-karya baru yang segar, enak, bergetah, berkhasiat atau mungkin juga yang keji, haram, jijik, sampah di sesetengah pihak. Kuala Lumpur Alternatif Book Fest (KLAB) dianjurkan serentak dengan Arts for Grabs di Dewan Anexxe Central Market selama dua hari berturut-turut dari terbitnya fajar hingga tenggelamnya fajar.

Tengok. Bertimbun-timbun karya alternatif BM yang baru, sapa kata penulisan BM kian pupus?hah!






Walaupun beliau dikenali sebagai kaki pukul, tapi beliau juga seorang penggiat buku alternatif tanah air.






Antara ulat-ulat yang minat buku(mungkin juga buat-buat minat?)






Mereka memang intim dan suka berkongsi apa sahaja.hikhik


"Lu ni Susu Kondensasi yang tak senonoh tu kan?" soal Pyanhabib pada gua.

Majlis Pelancauan

Samar-samar kelihatan kelibat Mohd Narcissus mundar mandir di KLAB. Mencari Dolly kot?


Liyana Fizi dan Fyn Jamal juga turut serta memberi persembahan pada pelancaran buku Anarki Di Kuala Lumpur. (dengar cerita emcee dia macam haram, perangai jahat.)


Mungkin Mohd Narcissus mencari dia ni kot?hikhik


Mohd Jayzuan setelah dibelasah oleh pemuda-pemuda Pas yang mengeji buku tak senonoh beliau.

Antara penulis-penulis tersohor di Malaysia (kot?)

Penerbit yang hip dan kewl. (ptuih!)

Penerbit tua dan keji.



Setakat ini sahaja siri satu, gua akan sambung lagi siri dua dengan gambar-gambar yang lebih menarik dan tak senonoh!hikhik

2 comments:

  1. errr...awek baju pink jelir lidah tu..
    err....

    err..
    takde apalah..
    hahahahhaaa...

    ReplyDelete