iklan penaja

14 June 2011

KL Hamster : Parodi tak senonoh KL Gangster

Hai Kawan-kawan

Maka tersebutlah al-kisah, suatu ketika dahulu, gua ada memelihara sepasang hamster. Hamster dikasi sebagai hadiah penghargaan dari kekasih. Seronok gua bukan kepalang lagi, kini hidup gua diserikan dan setiap malam gua dihiburkan dengan hamster, seronok gua bermain dan bermanja dengan beliau. Namun sayang, setelah 3 generasi lamanya mereka hidup, hamster-hamster gua mengalami proses kepupusan, 2 bulan lepas hanya tinggal 2 ekor hamster yang gua kira generasi terakhir. Pelbagai cara telah gua lakukan demi menyelamatkan legasi gilang gemilang mereka, namun segala usaha gua berakhir di jalan yang buntu. Genap sepurnama, seekor hamster gua mati. Maka tinggalah seekor hamster tak berteman, tak berkawan, keseekoran lah beliau. Hatta, gua cuba untuk menemani beliau sekerap mungkin, cuba bermain, berguling, bergolek, makan bersama namun takdir tetap takdir. Akhirnya beliau pergi meninggalkan gua. Mati kerana stress, ya beliau stress ya amat, banyak beban yang terpaksa ditanggungnya, beban seekor hamster terakhir, naseb legasi hamster yang gilang gemilang kini di tangan beliau. Kesian.

Namun kisah hamster gua tidak lah sedasyat kisah hamster taiko yang satu ini. Akibat kematian hamster beliau, habis semua orang dicarinya dan hendak dibelasahnya, satu KL gegak gempita setelah mendengar berita kematian hamster taiko tersebut.gangster la katakan. Mari kita saksikan trailer kepada cerita Kl Hamster yang dijangka akan mampir ke panggung berhampiran dengan anda tak lama lagi (kecuali lu duduk kat Kelantan/Shah alam, mana ada panggung woi):



2 comments: