iklan penaja

24 June 2011

Masalah Kutu dan Penyelesaiannya


Hai Kawan-kawan!

Baiklah, gua pasti anda semua pernah mengalami masalah ini kan? Paling tidak pun kucing anda atau kucing jiran anda seringkali mengalami masalah kutu.

Menurut Wikipedia Ensiklopedia Bebas versi Bahasa Melayu, gua quote

'Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari. Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala'

Jadi fahamilah diri anda bahawa kutu ini dia lebih kurang macam vampire jugaklah, gemar ia akan darah di kepala kita dan dia boleh telur sampai enam bijik sehari!!mak aih, kalah orang Felda ketika musim hujan. hikhik. Kutu ni jugak, mempunyai daya lompatan yang kuat! Jadi kalau lu mempunyai kawan yang ada masalah kutu ini, elok bakar je kepala dia,supaya kutu dia tak melompat pindah ke kepala kita pulak.

Apa yang perlu dilakukan?

Bagi anda yang telah dijangkiti kutu, usahlah risau. Setiap perkara tentu ada jalan penyelesaiannya. Jadi, dengan penuh riya' dan takabur gua ingin perkenalkan satu produk rare dan istimewa yang mampu menyelesaikan masalah kutu anda secara langsung!

Dang dang dang dang ding!


Inilah dia produk terbaru di pasaran! Republik Kutu!!tu!tu!tu!tu! (echo) Keluaran Storm + Percetakan Mutalib Uthman!

Jadi apa yang ditunggu lagi? Lu semua, sila ke page Republik Kutu dan terus like, kemudian bolehla membeli buku tersebut secara dalam talian mengikut cara-cara yang disediakan!

Selain itu, kalau lu ni jenis konservatif dan tradisional, boleh la ke Pesta Buku Selangor dan cari booth N22 booth FIXI. Dengan berkat usaha dan tawakal nescaya lu akan jumpa buku Republik Kutu yang terjual disitu. OH!lagi berita menarik, setiap pembelian secara langsung di Booth FIXI anda akan dapat voucher makanan berjumlah RM10!

Buku ini hanyalah berharga RM20! Untuk 9 penulis dan 23 cerita, itu amatlah berbaloi!

Kenapa Republik Kutu ini dapat menyelesaikan masalah kutu anda?

Terdapat sejumlah 23 cerita pendek+fiksyen yang ditulis oleh 9 penulis tahap dewa yang akan menggetarkan kepala otak anda langsung mati kering terkulai lah sang kutu yang bermaharajalela di kepala anda. Dijamin oleh sirim, produk ini mampu memberi kesan yang sama malah lebih berbanding dengan shampoo-shampoo penghapus kutu komersil.


p/s: lu tengok minah kat kaver buku tu, derita penyakit kutu la tu, nak jadi macam dia?tak nak kan?hikhik

2 comments: