iklan penaja

15 June 2011

Ngeri oleh FIXI


Hai Kawan-kawan!

Isnin, 13 June 2011, petang.

Gua dikejutkan dengan panggilan dari Amir Muhammad, ya Amir Muhammad tokey Fixi yang garang dan tak senonoh tuh. Waktu itu, gua cuak nak mampos. Nampaknya, gua sudah terkantoi. Kantoi selalu curi-curi masuk majlis dia dan pow makanan free..kantoi gua selalu curi buku FIXI (sini, sini, dan sini). Tapi gua jawab jugak, gua jawab dengan penuh senonoh dan tenang dan macho.

"Hai Tokey, mahu apa cari saya ini?"

"Abrodam!"

alamak suaranya tinggi.

"Ye?" balas gua

"Abrodam, saya ada tgk gambar-gambar kat blog awak, walaupun tak senonoh, tapi boleh tahan la."

gua diam, konon-konon buat macho la dan tak peduli dengan pujian tu.hikhik

"Jadi macam ini la, saya ada emergency sikit ni, saya nak mintak tolong awak ambil gambar untuk kaver novel FIXI Ngeri. Disebabkan ramai tak puas hati dengan kaver sebelum ini, jadi saya nak buat satu option lagi dan disebabkan terdesak terpaksalah saya aproach awak yang tak senonoh ini."

Gua buat kool lagi, heh.

"Baiklah, disebabkan awak banyak bagi saya makan free, maka saya setuju la, esok jugak saya kasi siap gambar tu."


Gua letak telefon dengan penuh bergaya dan kool. Kemudian, gua cari nombor kenalan di Phonebook, jumpa nama Jo Ghazali, gua dial.

"Eh, Jo lu free tak besok? Gua nak mintak tolong lu buat satu photoshoot nih, gua kasi lu RM100 ok?model n peralatan semua lu sediakan, kita buat kat umah gua".

"Orait bro!" Balas Jo, photographer terdesak yang memang tengah takde job.hikhik.


Selasa, 14 June, Petang


"Wahhh!!!bagus-bagus!terima kasih kerana menyelamatkan saya!awak umpama hero pada saya!" Teriak Amir setelah gua serahkan gambar hasil tangkapan 'gua' pada beliau.hikhik

"Nah upah awak RM500". Amir menghulurkan not-not berwarna unggu.
Hikhikkhik bisik hati gua sambil menghulurkan tangan mengambil wang tersebut.


Nah ini dia gambar-gambar yang telah dipilih untuk menjadi cover novel terbaru FIXI Ngeri. Artwork oleh 'gua'!





Dua pilihan diatas masih lagi dalam proses pengundian. Jikalau lu orang berminat untuk terlibat di dalam proses mengundin cover depan novel Ngeri, boleh la ke page FB FIXI. Undian masih di buka sehingga jam 7pm!cepat!


Di bawah antara gambar-gambar yang belum di edit lagi



Terima kasih pada talent Nurul Ain dan juga lighting yang dipinjam dari Vovinski.



p/s: cerita di atas merupakan sebuah Faksyen iaitu Fakta + Fiksyen. Yang fiksyennya ada lah tentang gua kol Jo Ghazali untuk tolong gua ambil gambar, semua gambar di atas diambil oleh gua sendiri, tak caya boleh mintak EXIF sama gua.hikhik.

4 comments:

  1. campuran tepung jagung, pewarna kaler merah dan sirap ros akan hasilkan darah tiruan yang lagi tampak autentik. #justsayin'

    ReplyDelete
  2. memang tukang props guna resepi itu, tapi nampaknya ble bercampur dengan warna metalic pisau dan flash, warna dia jadi purple.ces,takpe terima kasih pada adobe potosyop.hikhik

    ReplyDelete
  3. Wah! 'Gua' bangga sebab "faksyen" dah jadi sebutan ramai. Lima tahun dulu, bila 'gua' sebut, semua garu kepala. Hah! (Gaya watak utama Kasino)

    ReplyDelete
  4. Gua rasa 5 tahun lagi faksyen sudah boleh masuk kamus dewan bahasa!hah!

    ReplyDelete