iklan penaja

09 June 2011

Review Tak Senonoh: Kasino - Fixi


Hai kawan-kawan!

Trang tang tang tang tang!



Semalam,

Berkat usaha dan tawakal maka gua dengan cemerlang dan jayanya berjaya meng'cilok' novel Kasino tulisan Saifullizan Tahir terbitan Fixi. hikhik.
Gua tolak ke tepi Dilema Melayu dan memulakan pembacaan baru gua. Muka surat pertama dibelek dengan penuh rasa kuriousiti, buku yang lama ditunggu kini sejengkal cuma dari pandangan mata gua.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Dato' Mohd Narcissus Yussof seorang usahawan Melayu yang amat licik, pintar, kacak, berjaya dan tersepit. Tersepit dengan permainan politik. Kena dengan namanya, Narcissus merupakan seorang lelaki yang gua kira punyai sindrom narcissism yang sihat, dimana beliau mempunyai tabiat yang suka melihat diri sendiri di dalam cermin dan suka memuji diri sendiri. Beliau juga seorang yang begitu pentingkan penampilan dan pembawakan watak sendiri dan juga obses menilai penampilan orang lain. Watak beliau diperkukuhkan lagi dengan ego yang tinggi, yang tak mudah mengalah dan pantang langsung jika dicabar. Dengan sifat ini, tak hairan lah beliau boleh jadi seorang usahawan yang amat berjaya. Watak Narcissus bertambah menarik apabila penulis mengjengkelkan gua dengan rutin-rutin seharian Narcissus yang diceritakan secara terperinci dan tertib. Bagi gua, penulis berjaya dalam penceritaan watak Mohd Narcissus ini, sehingga gua pun kadangkala ada merasa menyampah dengan perangai Narcissus yang melampau ini. (Narcissus ni tak pernah tinggal sembahyang tau dalam novel ni)

Plot. Plot nya berjalan lancar merangsang otak gua menghantar isyarat pada tangan gua agar jangan berhenti membelek buku ini helai per helai sehingga gua habis membaca. Namun, semalam gua terpaksa akur dengan kehendak semulajadi gua yang perlukan tidur yang cukup dan sambung baca hari ini,hikhik. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kepincangan dari segi konfliknya, bagi gua, konfliknya ada, namun tak cukup untuk memberi deruan adrenalin yang secukupnya untuk membuat gua berasa resah dan gelisah naik bersama konflik yang cuba dimainkan. Atau mungkin gua ni tak pandai sangat berjudi (gua bukan taik judi ok), maka gua tak dapat nak imagin sangat suasana cemas semasa berjudi, dan gua juga tak berapa nak faham permainan Baccarat di dalam cerita ini. (gua daun terup pun tak pernah sentuh)hikhik. Namun, ia berjaya jugak membuat jantung gua berdebar-debar sekejap dan kemudian perlahan-lahan diredakan dengan pengakhiran cerita yang agak ada sedikit twistnya.

Bagus. Sebuah Pulp Fiksyen dan gua boleh katakan ia nya tak lari jauh dari realiti. Bagaimana kehidupan ahli perniagaan yang cuba bermain dengan politik, namun seperti roda, kita tak sentiasa di atas, beliau juga akhirnya dipermainkan oleh politik itu sendiri namun di akhirnya beliau kembali meraja dan mempermainkan politik,hah! Ceritanya, bagi gua, kalau lu orang jenis yang tak cukup iman dan dangkal akal pemikirannya, gua rasa baik lu orang tak payah sentuh buku ini, kerana gua yakin lu orang pasti terkejut berok dengan realiti dalam fiksyen yang cuba dipaparkan dan pasti lu orang tak akan dapat menerima hakikat apabila politikus kegemaran korang dikutuk satu persatu.hikhik. Selain politik, penulis juga ada menyentuh isu perempuan melalui perspektif lelaki kaya dan kacak. Ada beberapa kisah perempuan yang menarik berlegar-legar dalam kehidupan Narcissus, namun semuanya tak kekal bak kata beliau "Dunia ini hanya untuk hari ini". Bagi yang meminati kisah persahabatan sejati, gua yakin lu orang tak akan jumpa benda alah tu dalam buku ini, kerana dalam dunia yang penuh keji ini, memang itu semua hanya dongeng dan mitos sahaja.

Pundek! (perkataan feveret Narcissus) lu orang bacalah sendiri kalau nak tahu selanjutnya, gua reveal satu persatu kang tak pasal-pasal gua kena sumpah ngan lu orang.


Jadi, bagi sesiapa yang nak baca sinopsis, nak beli buku yang tak senonoh dan merosakkan minda ini, boleh lah ke laman FB Fixi dah dapatkan info dari mereka sendiri.


Apa lagi yang perlu gua katakan?Daripada lu orang duk tengok cerita Noraelena kat TV3 tu, baik lu orang pegi beli buku-buku Fixi yang nyata lebih segar, berani, real dan tak senonoh!

1 comment: