iklan penaja

02 June 2011

Onani Di Kuala Lumpur


Ini buku Anarki Di Kuala Lumpur


Sebuah buku tak senonoh tulisan kutu jalanan yang tak senonoh bernama Mohd Jayzuan diterbitkan oleh publisher keji bernama Sufian Abas.

Buku ini masih belum berada di pasaran lagi, sebagai seorang yang bertanggungjawab gua telah merompak buku ini daripada publisher yang keji tersebut (cara-cara merompak publisher) dan akan membongkar kekejian dan ketaksenonohan buku ini kepada anda semua.

Mula-mula, pasang lagu ini di komputer kuat-kuat demi mendapat feeling seorang punk


kemudian bermulalah pengembaraan gua ke dalam dunia Syd Jamal seorang punk rocker, wild man, frontman The Rats; kugiran garage punk yang semakin mahsyur, bergelumang dengan dadah, dan perempuan-perempuan liar, melanggar segala landasan moral, menerjah meludah norma masyarakat hasil garapan tangan Mohd Jayzuan.

Buku ini bagi gua, berjaya membuat gua menyelongkar satu dunia baru, dunia rock n roll/punk rockers di Malaysia, dunia yang tak ramai faham atau tak ramai pun yang tahu wujudnya dunia ini. Segala kekejian, keseronokan, kebodohan, kenikmatan, kejahilan, kenakalan dunia ini telah ditulis menggunakan bahasa jalanan yang realistik dan jujur. Nescaya DBP akan menyumpah laknat buku ini kerana gaya bahasanya.

Tahniah Mohd Jayzuan kerana penulisannya kini jelas semakin matang dan menarik jika hendak dibandingkan dengan buku beliau sebelum ini 28 hari jurnal rock n roll (gua dah bakar). Mungkin sebab buku sebelum ni senonoh sangat kot, sebab tu gua tak berapa suka,hikhik.

Ok gua tak mahu puji lebih mamat ni, kang takbur dan riya' pulak. Satu yang gua tak suka sangat, ceritanya terlalu pendek, tak rasa macam baca novel pun, pola ceritanya macam terlalu cepat, tak sempat gua nak capai klimaksnya, terhenti di pertengahan jalan. Seperti lu sedang beronani, sedang lu asyik menghayun hingga hampir ke puncaknya tiba-tiba mak lu orang ketuk pintu bilik ajak makan malam, mengecewakan kan?namun tetap ada keseronokannya walau tak klimaks dan cukup untuk puaskan diri setakat ini. Gua harap karya seterusnya semakin baik dan boleh buat gua mencapai katarsis terulung.


"Cantiknya punk adalah kerana ia membenarkan aku buat apa yang aku percaya dan suka. Tanpa ada undang-undang yang menetapkan itu atau ini punk. "

-Syd Jamal-



Bagi poser yang selalu berangan nak jadi punk/ rock n roll fella, gua galakkan lu beli buku ini dan belajar dari buku ini.

Bagi yang suka baca blog Adinda Milano Evans, anda pun digalakkan membeli buku ini,kerana ianya lebih menghairahkan dari blog budak umur 14 tahun.

Bagi yang berperangai tak senonoh macam gua pun gua galakkan untuk membeli tapi gua tak galakkan lu orang rompak macam gua!haram tu!

Bagi yang..ahhh mamposlah!suka hati lu lah nak beli ke tak fucker!!<--------terpengaruh dengan buku ini.


p/s: cara-cara membeli secara sah boleh rujuk disini ye tuan-tuan dan puan-puan. Ataupun boleh saja search FB Anarki Di Kuala Lumpur you fucking loser!<------ sekali lagi gua di bawah pengaruh.sial punya buku!

7 comments:

  1. Sapa yang nyanyi atas tu? Budak2 Kristal ke? Kenapa diaorang nyanyi macam tengah tahan kencing?

    ReplyDelete
  2. Tula Syd Jamal kalu lu nak taw.hikhik

    ReplyDelete
  3. tebal (nipis?) buku ni lebih kurang mcm 28 hari:jurnal rock n roll ke? memang tak senonoh kan? :(

    ReplyDelete
  4. ada 80 muka surat, memang taktik dia, nak bagi pembaca tak puas.sial!

    ReplyDelete
  5. dah cakap kt dia the other day, mengade sgt nk publish buku nipis2 ni. hahaha

    ReplyDelete
  6. Standard tebal novella le bro. Memang tak tebal macam novel. Apapun, thank qaseh review tak senonoh ni! Ekekeke.

    ReplyDelete
  7. thanks qaseh sebab tak marah gua cilok buku ni.haha

    ReplyDelete